in

Celcom Lancarkan Lagu Hebat Negaraku Versi Sendiri

Raikan kepelbagaian Malaysia: Celcom lancarkan lagu Hebat Negaraku versi sendiri.

Untuk jenama yang semakin terkenal dengan kempen-kempennya yang bertemakan perpaduan, Celcom dengan berbesar hati turut menyertai usaha terbaharu bersama semua Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) meraikan semangat perpaduan.

Kempen Unity merupakan terjemahan daripada lagu Hebat Negaraku yang digubah dengan cita rasa sendiri. Ia merupakan penghargaan kepada semua bangsa, rasa, ritma, tempat dan wajah yang membentuk Malaysia menjadi negara yang kukuh seperti hari ini. Segala citra, nada dan tempo jelas menggambarkan Malaysia.

Barisan pelakon dengan pelbagai peranan, gubahan muzik dan latar tempat, video muzik ini berjaya merakam wajah-wajah Malaysia. Jaclyn Victor dan Man Bai, dua nama besar dalam industri muzik Malaysia, diberi penghormatan untuk menerajui nyanyian yang turut disertai oleh kumpulan koir yang terdiri daripada pelbagai etnik, usia dan jantina. Lagu ini telah digubah menjadi lebih pendek, bertenaga, serta menampilkan pelbagai alat muzik Malaysia yang terkenal: sape, sitar, seruling dan er hu. Penggambaran dilakukan di pelbagai lokasi serata negara, memaparkan bangsa dan masyarakat tempatan yang berbilang kaum.

Video muzik ini menyerlahkan lagi budaya intrinsik kita yang terkenal dengan sikap saling menghormati, tinggi nilai toleransi dan akrab. Bukan sekadar hiburan, ia turut berperanan sebagai panduan untuk kita menghargai perbezaan, sentiasa bersatu, dan menggalakkan perpaduan yang diharapkan menjadi ikutan generasi akan datang.

“Kami teruja kerana berpeluang menghasilkan video muzik yang memaparkan nilai-nilai murni yang menjadikan Malaysia sangat istimewa – negara yang indah, sikap toleransi, hormat sesama bangsa dan prihatin terhadap rakyat Malaysia. Saya berharap kita akan terus menghargai segala yang kita ada dan sentiasa sedar betapa bertuahnya kita menjadi rakyat Malaysia. Sebagai jenama, Celcom meraikan perpaduan dan menghargai kepelbagaian. Saya sangat bangga dan rasa bertuah menjadi rakyat Malaysia, dapat hidup di sebuah negara yang terkenal dengan keharmonian kaum dan persahabatan yang dibina berlandaskan kebaikan dan keikhlasan. Inilah nilai-nilai yang saya harap dapat diwariskan kepada generasi muda kita.” Grace Chan, ketua pemasaran jenama, Celcom Axiata Berhad.

Kepelbagaian yang ada seharusnya kita raikan, dengan menghargai perbezaan yang dimiliki oleh setiap insan. Kami berpendapat, kami telah berjaya melakukannya. Kami boleh katakan, dalam hal ini rakyat Malaysia turut bersependapat.

Video muzik Hebat Negaraku dihasilkan dengan kerjasama M&C Saatchi. Ia telah dilancarkan di saluran You Tube dan Facebook Celcom pada 28 Mac 2018 serta telah mencatat lebih daripada 2 juta tontonan.

Celcom

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Watie First Anniversary: Collections & Exclusive Raya Preview

HBO ASIA Bawakan Pengalaman Realiti Maya WESTWORLD di Malaysia