in

Cecah 5 Juta Tontonan, Filem Pendek Raya Siti Khadijah Undang Air Mata

Lakonan Fauziah Nawi sebagai ibu mertua kepada Ruby (lakonan Joyce Harn).

Watak Mak (lakonan Fauziah Nawi) sebagai ibu kepada anak lelaki (lakonan Fikry Ibrahim) yang berkahwin dengan gadis Cina bernama Ruby (lakonan Joyce Harn) meruntun jiwa sesiapa sahaja yang menontonnya. Tanggapan kehadirannya tidak disenangi Ruby, menantunya membuatkan si ibu sentiasa terkecil hati.

Iklan Raya Telekung Siti Khadijah, Ini Yang Korang Perlu Tahu

Rupanya selama ini Ruby sering meleteri adik lelakinya Roger dalam Bahasa Mandarin kerana tidak membantu kerja-kerja rumah dan makan di hadapan ibu mertuanya yang sedang berpuasa kerana dianggap kurang sopan. Segala salah faham terlerai apabila insiden telekung luntur warna membawa kepada perdamaian di antara Ruby dan ibu mertuanya melalui hadiah sepasang telekung Siti Khadijah sebagai ganti telekung lama yang telah rosak.

Husnuzon atau berbaik sangka, sentiasa berfikiran positif tanpa persepsi menjadi kunci utama mesej yang ingin disampaikan oleh Siti Khadijah. Dengan lahirnya filem pendek arahan Bob Husaini dari Tangerine Pictures dan kreatif oleh Ridzwan Ibrahim ini, ia diharap dapat membawa suasana Hari Raya yang lebih jelas dan bermakna; saling berkomunikasi dengan lebih baik agar dapat mengenali hati budi sesama insan melangkaui bangsa dan latar belakang.

“Filem pendek raya ini membawa mesej kepada persefahaman bersama, toleransi dan saling menghormati agama dan budaya orang lain. Kita perlu sentiasa belajar di antara satu sama lain dan menyingkir tanggapan salah faham di antara kita,” ujar Mohammad Munzir Aminuddin, Pengarah Pemasaran Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd.

Menurut Munzir lagi, di dalam Islam itu sendiri, intipati perdamaian di dalam sesebuah masyarakat dapat dikecapi apabila wujudnya keharmonian walau berbeza agama, budaya dan etnik.

Mula ditayangkan pada 3 Jun 2018 melalui saluran Youtube rasmi Telekung Siti Khadijah, laman web dan media sosial, angka himpunan tontonan terkini telahpun mencecah lebih lima juta tidak sampai 7 hari. Filem pendek raya ini secara tidak rasmi mendapat undian penonton pada kedudukan antara tiga tertinggi video kempen raya paling disukai tahun ini dengan hashtag #BisikHatiMak.

Ambil hati insan yang tersayang dengan menghadiahkan sepasang telekung Siti Khadijah sebagai tanda penghargaan buat mereka di Aidilfitri ini.

Telekung premium Siti Khadijah yang berharga dari RM139 – RM287 boleh didapati di butik Siti Khadijah dan secara online di www.sitikhadijah.com.

SK TVC Raya

SK TVC Raya Fikry Ibrahim sebagai anak lelaki kepada ibunya (Fauziah Nawi)

SK TVC Raya Joyce Harn sebagai Ruby

SK TVC Raya Ruby (Joyce Harn) dan ibu mertua (Fauziah Nawi)

“Follow” di Instagram: @telekung.sitikhadijah dan
“Like” Facebook Telekung Siti Khadijah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Khadijah Lancar Telekung & Baju Kurung Bertatahkan Swarovski

Jom Santai Bersama Life Records