Ca’ya™ bakal mengedarkan 100,000 botol minuman kesihatan itu secara percuma untuk pengguna nikmati sekaligus mengekalkan tenaga mereka sepanjang bulan Ramadan yang bakal tiba.
Ia akan diedarkan di beberapa lokasi di Lembah Klang yang antaranya termasuklah di plaza-plaza tol terpilih, masjid dan kawasan R&R. Setiap botol juga akan didatangkan bersama baucar diskaun, yang boleh ditebus untuk pembelian pek 6 botol BRAND’S Ca’ya™ yang seterusnya.
LEBIH 100,000 BOTOL CA’YA DIEDARKAN PADA RAMADHAN INI UNTUK MEMBEKALKAN TENAGA SEPANJANG HARI
Ca’ya™ dirumus dengan 100% ramuan semula jadi, iaitu Habbatus Sauda dan Ginseng, bagi membekalkan sumber tenaga semula jadi. Ca’ya™ berbeza dari minuman tenaga lain kerana ia memperoleh ciri-ciri kecergasannya dari bahan-bahan semula jadi dan tidak mengandungi kafein, lemak atau bahan tambahan berbahaya seperti pengawet atau pewarna, menjadikannya pilihan yang lebih sihat dan selamat untuk diminum setiap hari untuk tenaga berkekalan sepanjang hari.
“Mereka yang berpuasa perlu mengekalkan tenaga sepanjang hari dan Ca’ya™ boleh membantu mereka melakukannya. Minuman kesihatan unik ini membekalkan tenaga seharian, yang mana ia amat sesuai untuk pengguna Islam pada bulan puasa,” kata Pengurus Besar, BRAND’S Suntory Malaysia Sdn. Bhd., Cik Kuang Ming Ming.
Ca’ya™ juga akan diedarkan untuk pengguna berbuka puasa di masjid-masjid terpilih sepanjang bulan puasa ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan butiran promosi, layari laman Facebook Ca’ya™, www.caya.com.my atau hubungi Talian Prihatin Pelanggan di 1300 228 300.
Mengenai Ca’ya™
• Dihasilkan dari gandingan Habbatus sauda (juga dikenali sebagai jintan hitam) dan ginseng.
• Habbatus sauda ialah herba tradisional yang terkenal di kalangan masyarakat Melayu sebagai ubat ajaib atas keupayaannya membekalkan tenaga dan memberi kecergasan.
• Ginseng pula terbukti secara saintifik dapat memerangi kelesuan.
• Minuman kesihatan harian yang mempertingkatkan sistem imunisasi dan merangsang tenaga tubuh untuk prestasi optimum.
• Selepas penyelidikan selama beberapa tahun, kajian menunjukkan bahawa 88% pengguna merasa lebih cergas dan bertenaga dalam tempoh 15 minit selepas meminum minuman kesihatan ini manakala 70% melaporkan mereka mengalami tenaga berpanjangan sehingga 8 jam selepas meminumnya.
• Dijual di dalam pek 6 botol (RM41.40) dan dalam botol individu (RM6.90) di semua pasar raya besar, pasar raya, farmasi dan kedai serbaneka terpilih.