in ,

Drama Bersiri CATATAN SEORANG DA’I Lakonan Zila Bakarin

Drama bersiri dengan tema Islamik telah mula disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak dahulu lagi. Tayangan drama bersiri bercorak Islamik ini ternyata menyumbang kepada salah satu medan dakwah yang mampu untuk membangkitkan semangat cintakan Allah dan agama Islam itu sendiri.

Terbaharu RTM berkongsi menyiarkan drama bersiri bertajuk “Catatan Seorang Da’i” bermula 24 April ini, setiap Sabtu dan Ahad, pukul 7.05 malam mengisi slot Widuri di TV1.

Drama 13 episod ini dibintangi oleh pelakon utama Syed Ali dan Nazeera Sardi selain turut dibantu oleh Zaidi Omar, Khaty Azean, Watie Sadali, Rusdi Ramli, Kazar Saisi dan Zila Bakarin.

0300

Drama Bersiri Islamik Terbaharu “Catatan Seorang Da’i” Temui Penonton TV1

[pullquote]P[/pullquote]lot ceritanya mengisahkan seorang ustaz muda, Muhammad Syiffa (Syiffa), yang tidak pernah jemu-jemu berdakwah dari satu masjid ke satu masjid. Dalam melaksanakan usaha dakwahnya itu, beliau telah berdepan dengan pelbagai peristiwa yang memberikan isyarat kepada umat manusia tentang tanda-tanda awal kiamat sebagaimana yang digariskan oleh Rasulullah S.A.W melalui hadis-hadis Baginda.

Sebagai pendakwah juga Syiffa akan berusaha menyelesaikan masalah yang berlaku sehinggakan adakalanya nyawanya sendiri hampir menjadi taruhan. Bagaimanapun atas niatnya yang berdakwa kerana Allah S.W.T semata-mata, Syiffa berjaya melalui rintangan demi rintangan yang menghalang usaha dakwahnya.

Selain itu, sebagai manusia biasa Syiffa turut berdepan dengan masalah dalam rumahtangganya dengan Aisyah yang membabitkan emosi. Ini sesuai dengan tuntutan hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, Rasulullah S.A.W bersabda, “Tegakkan aturan-aturan Allah walaupun kepada keluarga dekat atau kepada orang lain. Jangan hiraukan celaan orang lain dalam menjalankan hukum-hukum Allah.”

[pullquote align=”right”]Ketika kita mengingat kembali pada peringkat awal dakwah ini, akan terlihat jelas betapa pentingnya dakwah kepada keluarga.[/pullquote]

Bibit-bibit pertama pada period sirriyah (rahsia) terdapat dalam rumah Nabi S.A.W. Orang yang pertama kali masuk Islam setelah Rasulullah S.A.W adalah isterinya, Khadijah; mantan budaknya, Zaid bin Haritsah; serta anak saudaranya, Ali bin Abi Thalib; dan juga anak-anak perempuan Baginda sebelum kepada period jahiriyah (terang-terangan) Nabi S.A.W mengajarkan dakwah kepada keluarga dekat yaitu Bani Hasyim dan Bani Mutalib.

Begitu juga situasi dihadapi Ustaz Syiffa memberi kuliah secara berkala di masjid sebuah kampung telah menimbulkan rasa kurang senang Tok Man yang sebelum ini merupakan orang yang disegani kerana kepetahannya dalam membicarakan hal-hal agama. Bagaimanapun tanpa diketahui oleh penduduk kampung, di rumah Tok Man sering meringankan suruhan dan larangan Allah SWT.

Apakah lagi halangan yang mendepani Ustaz Syiffa dalam berdakwah? Dapatkah dia meyakinkan orang ramai dengan ilmu agama yang dibawakannya? Ikuti kesudahan plot kisah kekeluargaan islamik ini di TV1.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

0900

1s0

1e0

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ada Bakat Sertailah Pertandingan Nyanyian THE RIGHT NOTE

HBO ASIA Membawa IRON THRONE Untuk Peminat Di Malaysia