Yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti. Tapi orang kata yang datang berganti tu takkan sama. Tapi tak mengapa, atas alasan untuk move on dan meneruskan kelangsungan hidup, seseorang itu harus berusaha untuk mencipta hidup lebih tenang dan positif. Mungkin ini yang dirasakan oleh selebriti terkenal, Cat Farish.
Menurut Cat, dia dan wanita berusia 30-an itu merupakan kenalan lamanya yang sudah dikenali sejak lima tahun lalu.
“Saya sebenarnya tak nak terlalu mendedahkan tentang perkara yang belum jadi. Belum masanya untuk berbicara lebih lanjut. Saya sekarang bukan fasa bercinta kemudian ‘declare’, itu dah berlalu buat saya.
“Buat masa sekarang ini saya dalam fasa kalau nak, terus jumpa ibu bapa bakal isteri dan berkahwin.
Lagipun kami masih di awal bibit-bibit cinta dan saya memang tak nak dedahkan identitinya buat masa ini, tunggu dah kahwin nanti saya uar-uarkan kepada semua,”
– Cat Farish
Cat ditemui pada majlis pelancaran kelab motosikal Spark Malaysian Club yang berlangsung di Cheras.
Setelah hampir dua tahun bercerai dengan bekas isteri, Hartiny Ramli, Cat mengakui dia terasa sunyi dalam menghadapi kehidupan seharian tanpa kehadiran sang isteri.
“Tipulah kalau cakap tak sunyi, selagi tak kahwin selagi itu saya rasa sunyi. Kalau boleh saya nak kahwin dalam tempoh terdekat. Mungkin saya akan kahwin dalam tahun ini atau tahun hadapan, doa-doakanlah,”
– Cat Farish
Cat mendirikan rumah tanga dengan Hartiny pada 2007 namun disahkan bercerai pada April 2016.
Hasil perkahwinan itu, Cat mempunyai tiga cahaya mata iaitu Nia Karlyssa, 12, Eva Latheefa, 9, dan Qul Iskandar, 8, yang berada di bawah jagaan bekas isterinya.
Sumber: Kopi Planet