in ,

“Carikan Da’i, Pendakwah Yang Utamakan Allah Untuk Saya” – Isteri Hafidz Roshdi

Susulan kemelut rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi, isterinya iaitu Nurul Shuhada menjadi perhatian ramai yang bersimpati nasib menimpa ibu kepada dua cahaya mata itu apabila dicederakan suaminya.

HAFIDZ ROSHDI

Sejak daripada itu, apa saja perkongsian Shuhada pasti akan menjadi tumpuan ramai meskipun ianya hanya gurauan semata-mata.

Baru-baru ini, Shuhada dilihat ada memuat naik fotonya tampil manis mengenakan busana serba putih beserta kapsyen dirinya ibarat seorang bidadari.

Shuhada turut menggunakan lagu Doaku Untukmu Sayang nyanyian asal Wali Band sebagai bunyi latar pada hantaran tersebut.

Namun, apa yang lebih menjadi perhatian adalah komen yang ditinggalkan oleh Shuhada kepada seorang pengikutnya berseloroh meminta mencarikan dia seorang pendakwah untuk dijadikan jodoh.

Komen Shuhada itu dibalas oleh individu berkenaan dengan mengatakan pasti akan ada jodoh terbaik buat Shuhada. 

Sebelum ini, Shuhada mendedahkan dirinya hamil dan usia kandungan sudah pun memasuki minggu. Shuhada berkata tindakannya berkongsikan mengenai berita kehamilan itu untuk mengelakkan fitnah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

JASMINE SURAYA CHIN

“Saya Ke India Sebab Bercuti, Bukan Tukar Agama,” – Jasmine Suraya 

Sufian Suhaimi & Kekasih Pakai Sedondon di Majlis Aiman, Sedia Nak Kahwin?