in ,

Cara Untuk Dapatkan iPhone 6 Serendah RM98 Dengan U Mobile

Dalam banyak-banyak telefon pintar, ada dua jenis telefon bimbit yang terpaut di hati saya iaitu Samsung Galaxy Note 4 dan juga iPhone 6. Entri ini nak bagi tau macamana anda boleh dapatkan iPhone dengan harga yang murah!

Bila dah dapat Note 4, sekarang ni Budiey mengidam pulak nak guna iPhone 6 sebab ramai yang katanya camera iPhone 6 memang power dan ohsem! Tapi harganya? Fuh! Tersangat la mahal. Paling murah RM2, 549. Mahal giler. Tak mampu la Budiey.

Lagi satu, kalau beli dengan telco pun memang kena terikat dengan kontrak la pulak. Memang Budiey tak mampu nak bayar la kalau macam tu. Kemudian, tawaran pulak hanya terhad kepada pengguna postpaid je. Haa, mana aci?

U Mobile

Apabila Budiey dah dengar U Mobile tengah offer skim ansuaran iPhone 6, Budiey pun tak nak tunggu lama lagi. Terus sambar satu sebab murah sangat. Budiey hanya bayar RM98 sahaja sebulan. Dengan skim ansuran ini, kita tidak perlu membayar harga peranti apabila memilih pelan khusus iPhone dari U Mobile sama ada pelan pascabayar atau pelan prabayar.

U-Mobile-iPhone-6-launch-600x384

Kalau nak kira, telefon pintar iPhone 6 dah masuk pasaran pada November 2014. Pada hari pelancaran pelan prabayar khusus untuk iPhone 6, Budiey terus ke cawangan U Mobile di Berjaya Times Square. Katanya, ini adalah julung-julung kali, U Mobile hadir dengan tawaran khusus untuk telefon pintar iPhone 6 termasuklah variasi iPhone 6 Plus, iPhone 5S dan iPhone 5C.

Malah, dikhabarkan Apple sendiri telah mengatakan bahawa pelan yang ditawarkan oleh U Mobile adalah pertama kali dalam sejarah Apple. Maknanya, tak pernah lagi iPhone 6 ditawarkan semurah ini.

Apa yang membuatkan Budiey berminat untuk mengambil pakej ini adalah kerana pelan ini tidak mengikat pelanggan dengan sebarang kontrak namun jumlah minima prabayar diperlukan untuk memastikan talian prabayar pelanggan kekal aktif pada setiap bulan.

U-Mobile-iPhone-6-D-600x400

Apa yang kita perlu buat ialah kita hanya perlu membayar harga telefon iPhone 6, bayaran pendahuluan dan juga kredit tambah nilai pertama kali sebanyak RM150. Sebenarnya, bergantung kepada pelan yang dipilih, bayaran pendahuluan akan dipulangkan semula menerusi diskaun rebat setiap bulan kepada pengguna.

U Mobile

Secara keseluruhannya, terdapat empat variasi pelan prabayar untuk peranti iPhone dan pelanggan tidak terikat dengan kontrak pelan ini. Komitmen pelan prabayar terendah bermula dari RM 40 sebulan, dengan diskaun rebat RM10 dimana pelanggan prabayar U Mobile perlu mempunyai kredit sebanyak RM 30 setiap bulan untuk memastikan pelan mereka aktif. Namun pada pelan serendah ini, kuota data yang tersedia adalah sebanyak 1.5GB dan 40 minit panggilan percuma ke semua rangkaian diberikan secara percuma termasuklah 20 SMS. Wow ini satu menguntungkan!

Bagi variasi tertinggi untuk pelan prabayar peranti iPhone U Mobile, ia memerlukan pelanggan membayar komitmen RM 130 dengan diskaun rebat RM40 di mana pelanggan prabayar U Mobile perlu mempunyai kredit sebanyak RM 90 setiap bulan untuk memastikan pelan mereka boleh terus digunakan. Untuk pelan sebegini, tiada had untuk kuota data yang diberikan dan 130 minit panggilan percuma ke semua rangkaian diberikan secara percuma termasuklah 65 SMS.

Kepada pembaca semua, Budiey nasihatkan jika nak beli iPhone 6, baik beli dengan segera sebab promosi terhad ini akan tamat pada 31 Mac 2015, atau apabila ketiadaan stok iPhone 6, iPhone 6 Plus dan iPhone 5S mereka. Jadi, lekas-lekaslah bertindak.

Program U MicroCredit ini disediakan dengan kerjasama Berjaya Credit. Ia menawarkan pinjaman makro tanpa memerlukan kad kredit, cagaran atau wang pendahuluan semasa pendaftaran. Malah, pendaftaran boleh dibuat dalam talian melalui lamanweb, atau pergi sahaja ke mana-mana Stor U Mobile.

umicrocredit-benefits-u-mobile

Dengan program ini, pengguna yang tidak memiliki kad kredit, boleh membeli iPhone secara ansuran bulanan.

Bagi yang berminat, program ini hanya memerlukan kad pengenalan, bukti pendapatan dan dua penama untuk rujukan. Dengan dokumen yang lengkap, U Mobile menjamin ia akan diproses dalam masa 2 jam dan kelulusan diumumkan.

U Microcredit menawarkan ansuran dengan pilihan 12, 24, 30 atau 33 bulan dengan kadar faedah serendah 0.84% sehingga 1.5% sebulan. Jadi, dengan serendah RM98 sebulan, pengguna boleh memiliki iPhone 6 dengan tawaran U Microcredit.

Bagi mendapatkan skim pembayaran ansuran ini, pelanggan perlu memohon sama ada melalui permohonan atas talian atau permohonan di cawangan U Mobile yang terpilih. Pengesahan akan diberikan dalam tempoh dua jam dan pelanggan kemudiannya boleh memilih tempoh pembayaran balik dan mengikut kadar faedah yang akan ditetapkan oleh U Mobile dengan kerjasama Berjaya Credit, bergantung kepada status kredit pemohon.

Seperti contoh, telefon iPhone 6 boleh dimiliki pada harga RM 98 sebulan dengan bayaran ansuran selama 33 bulan pada kadar faedah sebanyak 0.86%, atau RM 106 sebulan dengan bayaran ansuran selama 33 bulan pada kadar faedah sebanyak 1.20%. Terdapat empat pilihan tempoh bayaran ansuran iaitu selama 12 bulan, 24 bulan, 30 bulan dan 33 bulan.

Dengan pilihan sebegini, sekiranya prosedur biasa memerlukan pelanggan untuk membayar harga yang tinggi apabila ingin memiliki peranti iPhone, kini pelanggan hanya perlu memilih pelan ansuran yang bersesuaian, apabila permohonan disahkan dari U Mobile. Terdapat harga RM90 akan caj pengurusan disertakan pada bulan pertama. Dengan penawaran ini, ia semestinya menjadikan penawaran pelan prabayar iPhone dari U Mobile tampak lebih menarik dan mampu dimiliki oleh orang ramai.

Bermula dengan plan i40 dengan komitmen RM40 sebulan, pengguna akan mendapat kuota internet berkelajuan tinggi, minit panggilan dan sms.

Empat jenis iPlan akan ditawarkan oleh U Mobile iaitu i40, i60, i90, i130 dan U Mobile juga turut memberi internet berkelajuan tinggi tanpa had kepada pengguna plan i60, i90, i130 dan tawaran ini dibuka sehingga 31 Julai 2015.

Bagi yang berminat anda boleh mendaftar dalam talian atau melawat mana-mana stor U Mobile.

Untuk info lanjut, layari: http://www.u.com.my/iphone

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Emma Maembong Nafi Bakal Berkahwin Dengan Kamal Adli

Be Business Ready with the Samsung Galaxy S6 & S6 edge