Beberapa hari lepas selepas Budiey selamat sampai daripada bercuti di Bangkok, Budiey sempat berjalan-jalan sekitar KLIA 2 sambil mencari tempat untuk berehat seketika. Selepas penat meneroka lapangan terbang antarabangsa yang serba luas itu Budiey dan teman bercadang melepaskan lelah di McDonald’s sebelum beredar pulang. Dalam cuaca panas-panas sebegini memang bagus kalau boleh hilangkan rasa haus dengan minuman yang sejuk dan menyamankan.

Terus hilang rasa penat selepas menikmati Fanta Frozen dan Frozen Coca-Cola yang menyegarkan selepas hampir dua jam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.
Kalau anda mahu merasai sendiri kesejukan Fanta Frozen atau Frozen Coca-Cola ini secara percuma, anda hanya perlu memuat turun kupon mobile di http://bit.ly/McDFrozen ke telefon bimbit anda dan tunjukkan kepada kaunter di cawangan McDonald’s terpilih di seluruh Malaysia. Itupun Budiey sudah menebus minuman ini dari McDonald’s.

Promosi ini bermula setiap hari jam 11 pagi hingga 4 pagi dari 1hb April hingga 30hb April 2015 atau selagi stok masih ada.
Apa tunggu lagi, mari kita ramai-ramai ke McDonald’s sekarang.