in

Cara Terbaik Kurangkan Rasa Sakit Sendi

Setiap hari, kita mengejar masa. Budiey sendiri, sibuk dengan jadual yang padat. Event makin berderet-deret dalam jadual. Industri hiburan kat Malaysia kembali meriah. Kadang-kadang tu sampai tak terkejar pun. Tapi dalam pada kita mengejar masa, kita tak sedar, sebenarnya masa yang kejar kita. Ye lah, setiap hari usia kita akan meningkat. Sedar-sedar kulit dah berkedut. Bila makin tua, organ badan kita dah jadi lain macam. Asyik sakit sana, lenguh sini.

[pullquote]Apabila dah menjengah ke usia matang, bagi lelaki, sekuat mana atau perkasanya anda, memang tak lari dari mengalami badan jadi lenguh dan lutut makin longgar. Haha. Itu hakikat yang tak boleh kita nafikan. Akan berlaku jugak kepada semua orang.[/pullquote]

Selepas lima tahun kahwin, itu yang Budiey akan rasakan. Sebelum ini, Budiey terlepas pandang untuk jaga kesihatan badan. Ingatkan badan kita akan bertahan tegap sampai bila-bila. Memang tak ah, kan?

Tapi apa yang Budiey nak ceritakan kat sini, bukan pasal Budiey tapi Budiey tapi ibu kat kampung yang sudah mencecah usia 60 tahun.

Setiap kali Budiey call ibu, setiap kali itu juga dia mengadu sakit lutut dan kaki. Rasa kesian dan sayu je bila dengar. Kalau nak tahu, ibu Budiey memang jenis yang tak suka duduk diam. Mesti ada je kerja yang dia buat. Apa yang Budiey kagum, dari dulu sampai sekarang, ibu Budiey jenis suka bangun awal pagi dan tidur seawal jam 9 malam. Kalau tak buat kerja, ibu juga suka jalan-jalan. Kalau tak ke masjid, dia juga suka jalan-jalan ke rumah jiran-jiran, borak-borak.

Selepas dia selalu mengadu sakit lututnya makin teruk dan tak pulih-pulih, Budiey ambik keputusan untuk balik kampung untuk menjenguk ibu.

Rasa ingin tahu apakah sebenarnya penyakit yang ibu tengah alami sekarang ni sampai dia tak boleh berjalan, Budiey terus bawa dia ke klinik untuk buat pemeriksaaan. Check punya check, doktor cakap, ibu saya mengalami penyakit Osteoarthritis.

OMG! Terkejut bila dengar perkataan tu dari mulut doktor. Dalam hati terdetik rasa risau. Anak mana yang tak risau apabila ibu mengalami penyakit macam ni. Budiey pun tertanya-tanya juga, apa itu Osteoarthritis sebenarnya ni? Budiey pun terus gigih buat kajian siasatan carian kat internet. Sampai isteri Budiey pun pelik, biasanya Budiey buat carian google, cari info pasal artis, tapi kali ini, Budiey cari Osteoarthritis kat internet dan cara untuk mengatasinya.

OsteSAMIN™ Plus CHONDROITIN

Untuk info pembaca, Osteoarthritis atau ringkasan OA ni lebih kurang penyakit yang bersangkut paut dengan penyakit sendi kat tubuh kita. Biasanya penyakit ini dialami oleh orang yang berumur 45 tahun ke atas. Antara tanda-tanda sakit OA ni, apabila kita rasa sakit lutut, sakit pinggang dan tangan. Patutlah, ibu selalu mengadu sakit lutut bila nak berjalan. Langsung tak boleh buat kerja. Masa sembang dengan ibu, dia berseloroh, kata dia, itulah bila dah tua, minyak lutut dah habis. Katanya lagi, absorber orang tua tak macam absorber orang muda. Kalau absorber kereta bolehlah kita tukar tapi kalau absorber lutut dan rosak, nak buat macamana?

Menurut kata doktor, absorber yang ibu cakap tu sebenarnya dalam bahasa perubatannya dipanggil Cartilage. Ia berfungsi untuk menyerap geselan atau hentakan ketika tulang kita bergerak. Jadi, apabila Cartilage dah nipis, tulang pun akan berlaga dengan tulang. Itu yang buat ibu jadi makin sakit.

Doktor nasihatkan ibu supaya mengurangkan aktiviti berat. Tapi ibu degil juga. Malah makin kuat jalan sana – jalan sini. Tapi nasiblah, berat ibu dah capai berat yang ideal. Taklah gemuk sangat. Budiey cuba cari ikhtiar jalan lain. Pasti kat luar sana ada ubat atau pil untuk menyembuh rasa sakit Osteoarthritis ni. Kalau tak sembuh pun, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan rasa sakit lutut yang makin parah ni.

OsteSAMIN™ Plus CHONDROITIN

Baru-baru ini, Budiey telah ke farmasi dan jurujual ada menyarankan supaya ibu Budiey mengambil OsteSAMIN™ Plus CHONDROITIN, sejenis ubat dari Live Well. Menurut kata jurujual tu, ubat ni je yang terbaik setakat ini. Sangat efektif, berkesan dan jenama yang boleh dipercayai.

Tambahan pula, ubat ni mengandungi formula 2 dalam 1 iaitu ada Glucosamine + Chondroitin yang diperlukan untuk kesihatan sendi. Jadi, Budiey pun dengar nasihat jurujual tu.

OsteSAMIN™ Plus CHONDROITIN

Pastinya korang nak tahu khasiat atau kelebihan OsteSAMIN™ Plus CHONDROITIN, kan?

Okaylah, Budiey nak buat senarai sikit antara kelebihan OsteSAMIN™ Plus CHONDROITIN:

* Melegakan sakit sendi
* merawat osteoartritis
* mengurangkan kekejangan
* mengurangkan keradangan
* Membina semula dan pembaikan tulang rawan
* Melincirkan pergerakan sendi
* Menggalakkan kesihatan sendi
* Meningkatkan mobiliti
* Meningkatkan fleksibiliti

Kalau dilihat, semuanya berkait rapat dengan sendi. Jadi, tak hairanlah kalau ada yang anggap OsteSAMIN™ Plus CHONDROITIN adalah yang paling baik dan berkesan setakat ini. Cara makan pun senang. Untuk yang mengalami Osteoartritis ringan, hanya ambil 1 kapsul dua kali sehari (sekurang-kurangnya 2-3 bulan), 15 minit sebelum makan. Manakala untuk sederhana ke Osteoartritis teruk: boleh ambil 2 kapsul dua kali sehari (sekurang-kurangnya 2-3 bulan), 15 minit sebelum makan. Sementara itu, untuk menjaga kesihatan sendi, boleh telan 1 kapsul dua kali sehari, 15 minit sebelum makan.

Selepas 60 hari mengambil OsteSAMIN™ Plus CHONDROITIN, keadaan ibu bertambah baik. Rasa sakit lutut dan kaki tidak lagi dirasakan. Dah hilang. Ibu pun makin ceria. Sekarang ni, setiap kali berbual-bual di telefon, pasti dia cakap pasal ubat yang diambilnya tu.

Malah, ibu juga turut mengesyorkan ubat OsteSAMIN™ Plus CHONDROITIN kepada kawan-kawannya. Wah, tiba-tiba dia jadi duta Live Well kat kampung. Siap boleh buat testimonial kat kawan-kawannya yang rata-rata dah cecah umur setengah abad. Jauh di sudut hati Budiey, rasa sangat bersyukur sebab kesihatan ibu makin pulih. Sekarang dia dah boleh jalan berulang-alik ke masjid dan tak lagi mengadu rasa sakit.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TV2 Siar Filem Reign Of Fire Lakonan Matthew McConaughey

Mustaqim Bahadon Jadi Lelaki Metroseksual Dalam Drama Jodoh 2