in

Cara Petua Rambut Tebal & Bermaya

Dove memperkenalkan rangkaian produk penjagaan rambut Volume & Nourishment dengan teknologi Oxyfusion – syampu dan perapi rambut generasi baru yang menjadikan rambut nipis** dan kering kelihatan lebih tebal dan bermaya.

Rambut yang nipis hampir mustahil untuk digayakan dan ia sememangnya mengecewakan. Pernah mendengar wanita yang tocangkan rambut mereka dan membiarkannya semalaman, atau menyanggul rambut mereka semalaman supaya mereka bangun dengan rambut yang kelihatan tebal? Kebanyakan wanita yang memiliki rambut yang nipis mendapati bahawa sukar menyuburkan rambut mereka tanpa ia kelihatan nipis. Dove memahami kebimbangan yang dihadapi wanita yang memiliki rambut kering dan nipis ini. Justeru itu, Dove membawakan satu penyelesaian baru untuk menjadikan rambut kelihatan tebal dan bermaya supaya wanita boleh menikmati pengalaman mempunyai rambut menawan setiap hari.

Dove

Memperkenalkan rangkaian penjagaan rambut Dove Volume & Nourishment yang baru, Dove membawakan teknologi mereka ke peringkat lebih tinggi dengan menyuburkan rambut serta menjadikan ia kelihatan tebal menerusi Syampu dan Perapi Dove Volume & Nourishment yang baru dilancarkan. Rangkaian penjagaan rambut Dove Volume & Nourishment merupakan satu rangkaian ciptaan baru daripada Dove menggunakan Teknologi Oxyfusion di mana formulasinya mengandungi gabungan unsur oksigen. Rumusannya menyerap ke dalam rambut dengan segera, memberikan kelembapan mendalam di samping menjadikan rambut kelihatan lebih tebal dan bermaya sehingga 95%* tanpa membuatkan rambut terasa berat. Teknologi Oxyfusion ini terdapat di dalam syampu dan perapi.

“Dove memahami sesetengah wanita menghadapi masalah berterusan untuk benar-benar menjaga keperluan rambut yang kering dan nipis bagi memperoleh khasiat yang diperlukan rambut mereka serta rambut idaman yang tebal. Sesetengah wanita mengambil langkah ekstrem untuk mendapatkan rambut tebal tetapi mendapati rambut menjadi nipis semula dalam beberapa jam – misalnya tocangkan rambut semalaman, menggunakan alat mengerinting atau menyikat rambut dari akar untuk mendapatkan rambut yang tebal. Kini, wanita dengan rambut yang kering dan nipis mampu memiliki segalanya: khasiat berterusan serta rambut kelihatan tebal menawan, terima kasih kepada rangkaian penjagaan rambut Dove Volume & Nourishment yang membuatkan rambut tidak terasa berat. Ini akan meningkatkan keyakinan wanita dari segi penampilan mereka kerana kini mereka mampu menggayakan rambut seperti yang diingini tanpa bimbang rambut terasa berat,” kata Phoenix Ho, Pengurus Jenama Penjagaan Rambut, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd.

Phoenix Ho menambah, “Rangkaian rambut Dove Volume & Nourishment yang baru ini mempunyai haruman yang membuatkan wanita berasa segar sepanjang hari!”

“Dirumus dengan Teknologi Oxyfusion, produk rangkaian rambut Dove Volume & Nourishment telah dicipta khusus untuk menjadikan rambut kelihatan lebih tebal dan bermaya sehingga 95%* serta memberikan khasiat supaya rambut kelihatan cantik dan sihat. Produk rangkaian rambut Dove Volume & Nourishment yang baru ini merupakan keluaran yang unik dan inovatif – ia merupakan penyelamat untuk rambut kering dan nipis yang memerlukan penjagaan khusus. Digabungkan dengan Teknologi Oxyfusion yang melembutkan rambut tanpa membuatkannya terasa berat, ditambah pula dengan haruman bertenaga serta tekstur yang lembut – Dove Volume & Nourishment membolehkan anda memperoleh rambut kelihatan tebal yang anda inginkan dan segala khasiat yang rambut anda perlukan daripada Dove!” kata John Goh, Pengurus Penyelidikan dan Pembangunan Pengguna, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd.

Nor Aqilah Nasar, pengguna Dove yang berpuas hati berkongsi pendapat, “Saya mempunyai rambut yang nipis secara semula jadi dan sejak 5 tahun yang lalu saya sering menyanggul rambut sebelum tidur untuk membolehkan saya mendapatkan rambut yang kelihatan lebih tebal. Sebagai seorang peguam, penampilan amatlah penting ketika di mahkamah dan saya perlu kelihatan yakin sepanjang masa. Saya sering mencari produk di pasaran yang boleh memberikan kedua-duanya iaitu khasiat dan ketebalan tetapi saya tidak dapat mencari penyelesaiannya. Kini dengan Syampu dan Perapi Dove Volume & Nourishment, saya boleh memiliki rambut idaman yang sihat dan mempunyai ketebalan yang diidamkan. Ini meningkatkan keyakinan kerana rambut saya kelihatan bergaya dan lebih sihat! Akhirnya, satu penyelesaian yang berkesan.”

Rangkaian Dove Volume & Nourishment kini boleh didapati di seluruh negara pada harga RM15 (340ml) untuk Syampu dan RM15 (330ml) untuk Perapi.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan mendapatkan sampel, layari www.dovehair.com.my.

Mengenai Rangkaian Produk Rambut Dove Volume & Nourishment
Rangkaian Dove Volume & Nourishment termasuk syampu yang membersih dengan lembut dan perapi untuk rambut yang kelihatan lebih tebal.
Syampu Dove Volume & Nourishment yang mengandungi Teknologi Oxyfusion untuk memberikan khasiat dan menjadikan rambut kelihatan lebih tebal dan bermaya sehingga 95%*. Syampu untuk kegunaan setiap hari ini menyegarkan rambut yang kering dan nipis selain membersih dengan lembut dan menyuburkan rambut pada setiap kali cucian.

Arahan: Gunakan pada rambut yang basah, urut perlahan pada rambut dan kulit kepala, kemudian bilas.

Perapi Dove Volume & Nourishment dicipta untuk melengkapi Syampu Dove Volume & Nourishment. Perapi ini menyuburkan rambut dan mengembalikan kelembutan dan kelicinannya tanpa menjadikan rambut terasa berat, menjadikan rambut yang kering dan nipis kelihatan lebih tebal dan bermaya.

Arahan: Gunakan pada rambut yang basah, fokus pada pertengahan hingga penghujung rambut dan bilas.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Menangi Busana Cantik INNAI RED di Aidilfitri Ini

Suria FM Sabah Bantu Mangsa Gempa Bumi