in , ,

Cara Paling Murah Untuk Dapatkan Samsung Galaxy Note8

BERGAYA DENGAN SAMSUNG GALAXY NOTE8 HANYA PADA RM115 SETIAP BULAN MELALUI EasyPhone™ DARIPADA CELCOM

Samsung Galaxy Note8 yang begitu menawan kini lebih mudah dimiliki melalui EasyPhone™, sebuah pelan ansuran 24-bulan yang menarik daripada Celcom.

Program EasyPhone™ ternyata pilihan termudah bagi kesemua pengguna pascabayar dan prabayar Celcom. Pengguna pascabayar Celcom hanya perlu membayar ansuran serendah RM115 sebulan apabila melanggan pelan FIRST™ Platinum Plus.

Paling Murah Untuk Dapatkan Samsung Galaxy Note8

Manakala bagi pengguna Xpax, mereka boleh memilikinya tanpa menggunakan kad kredit atau sebarang wang bayaran pendahuluan untuk mendaftar dalam program EasyPhone™. Mereka hanya perlu membayar RM238 sebulan dan akan turut menikmati kredit prabayar sebanyak RM30 setiap bulan yang disertakan bersama ansuran bulanan, selama 24 bulan.

Azwan Khan Osman Khan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Operasi Perniagaan, Celcom Axiata Berhad berkata EasyPhone™ kini mempercepatkan lagi proses bagi sesiapa yang ingin memiliki telefon bimbit yang baru, dengan harga mampu milik bagi kedua-dua pengguna pascabayar dan prabayar Celcom.

“EasyPhone™ bersama langganan mana-mana pelan pascabayar Celcom FIRST™ mahupun pelan Xpax, dapat memudahkan pengguna kami untuk memiliki Samsung Galaxy Note8 yang terkini serta mendigitalisasikan pelbagai aktiviti mereka,” menurut beliau.

Pelan pascabayar Celcom melalui EasyPhone™ menawarkan ansuran bulanan berikut:
• RM135 untuk FIRST™ Platinum;
• RM140 untuk FIRST™ Gold Supreme;
• RM155 untuk FIRST™ Gold Plus.

Selain itu, pelan-pelan Celcom FIRST™ tersebut turut menawarkan sehingga 100GB kuota Internet, penggunaan Video Walla secara percuma, panggilan dan SMS tanpa had serta penggunaan aplikasi WhatsApp & WeChat dan Yonder Music tanpa had.

Paling Murah Untuk Dapatkan Samsung Galaxy Note8

Selain daripada pilihan ansuran, para pengguna pascabayar Celcom juga boleh memilih untuk memiliki Samsung Galaxy Note8 dengan harga istimewa melalui kontrak selama 24 bulan dengan melanggan kepada pelan-pelan pascabayar Celcom yang menepati gaya hidup berbeza :

• RM2,178 dengan FIRST™ Platinum Plus (100GB Internet), dengan komitmen bulanan RM188
• RM2,558 dengan FIRST™ Platinum (60GB Internet), dengan komitmen bulanan RM148
• RM2,708 dengan FIRST™ Gold Supreme (50GB Internet), dengan komitmen bulanan RM128; atau
• RM2,858 dengan FIRST™ Gold Plus (40GB Internet), dengan komitmen bulanan RM98

Harga runcit yang dicadangkan untuk Samsung Galaxy Note8 adalah sebanyak RM3,772.64. Untuk maklumat lebih lanjut tentang pakej Celcom dan pelan harga, layari www.celcom.com.my atau www.xpax.com.my

Paling Murah Untuk Dapatkan Samsung Galaxy Note8

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menangi Tiket Konsert TERUNGGUL Afgan & Ungu

Dokumentari Keunikan Habitat Haiwan Liar Dalam ZED WILDLIFE STORY