Mereka nampaknya tidak mahu membuat peminat mereka menunggu lama bagi menikmati karya-karya terbaik mereka. Ini adalah single kedua yang dikeluarkan oleh MukaRakat dalam jangka masa tiga bulan, juga di bawah naungan Def Jam Indonesia.
Sekadar informasi, MukaRakat merupakan kumpulan hip hop dari Nusa Tenggara Timur yang terdiri daripada 5 orang anggota iaitu; Lipooz, DirtyRazkal, D’Flow, A’Chi dan DJ Geramar. Seperti yang mungkin sudah anda ketahui, muzik MukaRakat berorientasikan hip-hop asli atau ‘old school’.
Serba sedikit mengenai single “Nona”, lagu ini menceritakan tentang pengalaman peribadi anggota MukaRakat dalam menarik perhatian wanita ketika mereka berada di sebuah pesta. Dari situlah mereka mendapat inspirasi dan mengolahkannya kepada sebuah karya berjudul “Nona”.
“Tema ini menjadi pilihan kerana cara kami merayu dan menarik perhatian wanita ketika berada di kelab malam atau pesta selalu dengan cara yang sama,” ujar A’Chi sambil dipersetujui oleh anggota yang lain.
Banyak cerita menarik yang terjadi semasa dalam proses menyiapkan single “Nona”. Salah satunya adalah susunan muzik yang mengalami perubahan sebanyak tiga kali, ditambah menulis liriknya cukup memakan masa.
“Proses menyiapkan single ini juga bukan perkara yang mudah, selain daripada proses yang lama kerana kami harus membuat cerita dalam lirik sekurang-kurangnya yang berkaitan dengan kebiasaan orang lain. Proses susunan muzik juga turut berubah tiga kali,” katanya, ketika menceritakan mengenai single “Nona”.
Sekiranya anda mendengar dengan teliti, susunan muziknya memang berbeza daripada single sebelum ini. Dalam single “Nona” ini, MukaRakat mempersembahkan muzik hip-hop yang lebih berjiwa dan jazzy, supaya ‘vibe’ yang diberikan lebih kena dengan tema dan liriknya. Karakternya lebih ringan dan lebih mudah di telinga pendengar.
“Kami memilih untuk menggunakan muzik yang lebih berjiwa dan jazzy dengan harapan dapat mengajak pendengar untuk menikmati lagu itu bukan hanya dari ‘vibe’ muzik, tetapi dengan menikmati ‘vibe’ lirik juga,” jelas mereka.
Yang pasti, karakter muzik dalam single ini akan membuat anda tertawan. Jadi, tunggu apa lagi, dengarkan single ini di semua platform muzik digital. Selamat mendengar!
Tentang MukaRakat
MukaRakat adalah kumpulan hip-hop dari Nusa Tenggara Timur yang kini menetap di Bali. Ditubuhkan pada tahun 2017, nama MukaRakat mempunyai makna tersendiri. Rakat atau masyarakat adalah sebutan khusus bagi pendatang dari Indonesia Timur, terutama Nusa Tenggara Timur. Jadi, MukaRakat dapat ditafsirkan sebagai Wajah dari Timur.
Dianggotai oleh lima ahli, MukaRakat sering menyuarakan suara Indonesia Timur melalui mesej pada lirik dalam setiap lagu. Bukan hanya itu, dari lagu-lagu mereka, MukaRakat juga boleh dikatakan masih berpegang teguh dengan dialek bahasa tempatan dan alat muzik tradisional Nusa Tenggara Timur.
MukaRakat kini telah menjadi satu kumpulan yang semakin dikenali dalam dunia muzik hip-hop dari negara itu. Kekerapan mereka menyertai beberapa festival muzik yang besar juga pasti dapat melonjak naik karier mereka.
Bahkan juga, video muzik mereka di laman YouTube sering ditonton oleh peminat mereka dengan tontonan mencapai ratusan ribu hingga jutaan kali. Bersama dengan Def Jam Asia Tenggar, tidak mustahil bagi MukaRakat untuk bersinar bukan hanya di arena muzik hip-hop Indonesia, tetapi juga di Asia Tenggara, Asia, malah di dunia.
Instagram: https://www.instagram.com/mukarakatofficial
Twitter: https://www.twitter.com/MukaRakat_
Facebook: https://www.facebook.com/Mukarakatofficial/
YouTube: MukaRakatVEVO