Astro selaku stesen penyiar rasmi PIALA DUNIA FIFA 2014 BRAZIL akan membawakan liputan yang lengkap dan komprehensif untuk acara sukan terbesar di dunia ini kepada rakyat Malaysia melalui platform ‘TONTON, MAIN, BACA dan DENGAR’.
Platform TONTON akan memperlihatkan para pelanggan Astro SuperPack sehingga 31 Mei 2014 menerima ‘Pas Bola Sepak’ untuk menonton kesemua 64 perlawanan secara langsung melalui saluran- saluran khusus yang disediakan meliputi lima saluran berdefinisi tinggi (HD) dan lima saluran definisi standard (SD) di siaran televisyen Astro dan Astro On The Go. Buat para pelanggan Astro yang lain dan pelanggan NJOI boleh menyaksikan kesemua perlawanan tersebut melalui pembelian ‘Pas Bola Sepak’ yang bernilai RM100 bermula dari 1 Mei 2014.
Astro Tawarkan Lebih Banyak Pilihan Untuk Pelanggan Bagi Menikmati Piala Dunia Fifa 2014 Brazil. Tonton kesemua perlawanan dengan Pas Bola Sepak atau perlawanan tertentu melalui Pay per View.
Lee Choong Khay, Ketua Perniagaan Sukan Astro berkata:
“Astro terus komited dalam menyampaikan liputan menyeluruh Piala Dunia FIFA kepada rakyat Malaysia sejak siri Piala Dunia FIFA 1998 lagi. Pasukan Astro kini gigih berusaha menyediakan pelbagai rancangan baru yang menyeronokkan meliputi rancangan temu bual, saluran berita dan variasi program melalui 10 saluran khusus yang boleh ditonton secara mudah dengan menekan butang merah interaktif pada alat kawalan jauh Astro serta dalam aplikasi inovatif pada telefon bimbit dan web untuk menonton perlawanan-perlawanan siaran langsung dari pelbagai sudut kamera, ulang tayang, sorotan perlawanan dan liputan berita terkini mengenai Piala Dunia FIFA.”
Turut diperkenalkan buat pertama kali untuk tahun ini ialah Aplikasi Astro Go 2014 FIFA World CupTM di mana para pemegang Pas Bola Sepak boleh menonton kesemua 64 perlawanan secara langsung melalui tablet, telefon pintar dan komputer.
Pengalaman platform TONTON akan diperhebatkan lagi di Aplikasi Astro Go 2014 FIFA World CupTM dengan sorotan secara langsung dari enam buah kamera pelbagai yang pasti dapat merakam kesemua aksi menarik sepanjang perlawanan. Tambahan lagi, ciri unik penanda acara membolehkan detik-detik kegemaran diulang tayang semasa perlawanan secara langsung hanya dengan menggunakan jari. Selain itu, para penonton juga boleh menyaksikan detik-detik penting setiap perlawanan dalam sudut yang pelbagai.
Pemegang Pas Bola Sepak yang mempunyai kotak PVR dan akses Astro on the Go akan turut menerima siaran Piala Dunia FIFA On Demand dengan kandungan selama hampir 100 jam yang meliputi pelbagai perlawanan klasik siri Piala Dunia FIFA dari tahun 1966, 10 perlawanan Piala Dunia FIFA 2010 yang disiarkan secara 3D dan program-program rasmi Piala Dunia dari FIFA.
”Kami di Astro berhasrat untuk membawa semua rakyat Malaysia untuk merasai kemeriahan Piala Dunia FIFA. Para pelanggan Astro dan NJOI tanpa Pas Bola Sepak juga masih boleh menyaksikan 30 perlawanan secara langsung di Astro Arena dengan ulasan perlawanan dalam Bahasa Malaysia.”
Selain itu, terdapat beberapa pilihan yang disediakan buat mereka yang bukan pelanggan Astro untuk turut sama merasai kemeriahan Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil melalui perkhidmatan Astro on the Go dengan cara berikut:-
- Pembelian Pas Bola Sepak bernila RM100 untuk menonton kesemua 64 perlawanan secara langsung di peranti pilihan mereka.
- Buat pertama kalinya mereka boleh menonton perlawanan-perlawanan tertentu dengan sistem bayaran untuk setiap tontonan (Pay Per View) pada RM6 untuk setiap perlawanan.
- Tonton 30 perlawanan siaran langsung secara percuma.
Astro juga telah memperkenalkan www.stadiumastro.com sebagai pusat dan sumber informasi berkaitan PIALA DUNIA FIFA 2014 BRAZIL. Rakyat Malaysia boleh melayari stadiumastro.com sepanjang musim acara bola sepak ini untuk mendapatkan berita, liputan terkini, lekapan, sorotan perlawanan, pelbagai perlawanan klasik dari siri Piala Dunia sebelum ini serta stesen-stesen radio bertemakan Piala Dunia serta segala fail media digital mengenai Piala Dunia.
Bagi platform MAIN, rakyat Malaysia boleh menyertai pelbagai permainan yang disediakan seperti Stadium Astro Fantasi Olabola Edition. Permainan yang boleh didapati di www.stadiumastro.com ini membolehkan para peminat bola sepak mencipta pasukan impian mereka, melakukan pemindahan pemain, menyertai liga dan mengumpul mata berdasarkan prestasi sebenar pemain pilihan mereka. Untuk meningkatkan debaran dan memperhebatkan lagi keseronokan setiap perlawanan secara langsung, para peminat bola sepak ini boleh menyertai permainan aplikasi “Ola Bola Football Predictor” untuk peranti iOS dan Android di mana pemain dapat membuat ramalan mengenai sepakan percuma, sepakan sudut dan sepakan penalti dalam perlawanan sebenar.
Melalui platform DENGAR pula, aplikasi Astro GO Listen akan menghasilkan dan mengumpul kandungan terbaik Piala Dunia FIFA 2014. Di samping itu, terdapat juga berita, liputan terkini, temu bual, analisis perlawanan dan pelbagai lagi. Manakala platform BACA membolehkan rakyat Malaysia mengakses capaian kandungan daripada web dan juga majalah digital.
Selain daripada PIALA DUNIA FIFA 2014 BRAZIL, Stadium Astro juga menyediakan siaran dan maklumat untuk pelbagai acara sukan perdana yang berlangsung sepanjang tahun 2014 ini khas buat 3.9 juta pelanggan Astro dan NJOI antaranya Piala Thomas dan Uber, Barclays Premier League, UEFA Champions League, Sukan Asia dan Sukan Komanwel.

Untuk melanggan Astro dan sebarang maklumat lanjut, sila layari www.stadiumastro.com atau hubungi 1 300 82 3838.