Minggu lepas, Hari tu Budiey sempat tinjau keadaan kat Temerloh semasa balik kampung. Sungai kering dan tanah jadi merekah seperti Gurun Sahara dah. Kalau boleh nak pasang aircond dalam baju.
Ekoran dari itu, ramai betul kawan-kawan Budiey yang mengeluh tentang cas tarif elektrik yang naik mendadak secara tiba-tida sedangkan penggunaanya sama seperti setiap bulan.
Inilah yang dikatakan kesan dari fenomena El Nino yang menyebabkan cuaca panas melampau dan seterusnya menyebabkan bil elektrik meningkat? Hmmm… betul ke fakta ni?
Jadi, apa kaitan cuaca panas dengan kenaikan mendadak bil elektrik ini? Pasti ramai yang hendak tahu apa kaitanya, kan?
Jika bil anda di bawah RM20 sebulan, maka untunglah anda, bil elektrik anda percuma tetapi kepada pengguna yang menggunakan lebih banyak tenaga elektrik dalam sebulan, maka anda akan dikenakan charge rate yang lebih tinggi. Senang cakap, semakin banyak anda guna tenaga elektrik, semakin mahal bil elektrik TNB anda. Itu dah terbukti dan memang fakta tau, bukan auta lagi. Logik la kan. Semua tu dah cukup membuktikan bil elektrik meningkat kerana suhu panas.
Haa, itu yang ingin Budiey kupaskan dan bincangkan secara santai dalam entri kali ini agar semua orang dapat faham. Apa kaitannya fenomena El Nino dengan bil elektrik TNB yang meningkat ni?
Budiey nak ambil contoh paling mudah. Apabila keadaan bilik terlalu panas, pastinya kita akan meningkatkan kelajuan kipas. Kalau anda yang guna penghawa dingin pula, sudah tentu akan tekan sampai 16 darjah celsius. Paling sejuk lagi elok. Bukan itu sahaja, kita akan guna penghawa dingin dalam tempoh yang lama. Kalau boleh sehari suntuk duk pasang 24 jam, kan?
Jadi, pengguna kena sedar sekarang ini kita perlu tahu cara yang betul nak guna menjimatkan elektrik. Seterusnya, bil elektrik kat rumah kita tu tak melambung. Contoh yang paling dekat ialah penggunaan penghawa dingin. Kita dulu kita set 20°. Sekarang tetap tidak berubah 20° tetapi disebabkan cuaca panas, kompressor perlu bekerja lebih untuk mencapai tahap suhu 20°.. sama juga dengan peti sejuk.. Kita tidak pernah ubah set suhu sejak dari beli. Tapi bila suhu luar naik mendadak.. Kompressor perlu bekerja lebih… ini yang kita perlukan terangkan pada pengguna
Semakin banyak anda guna tenaga elektrik, semakin mahallah bil elektrik bulanan anda. Jadi, jika anda ingin mengurangkan bil elektrik bulanan anda, di sini Budiey sertakan cara mudah untuk menjimatkan bil elektrik TNB anda.
Jom baca ni, Budiey senaraikan cara-cara untuk jimat elektrik!
1. Cuci Penapis aircond & set 24c
Filter yang kotor, tersumbat boleh mengurangkan kadar efisien aircond. Aircond yang tidak diservis terpaksa bekerja dengan lebih kuat untuk menyejukkan bilik sekaligus menaikkan kadar tenaga elektrik yang digunakan. Cuci filter aircond sekurang-kurangnya setahun sekali dan kalau ada masa cucilah seminggu sekali ☺. Banyak sangat kot habuk yang terkumpul kat situ. Tonton video di bawah: https://youtu.be/IDnlYxXHX0s
2. Cuci Pakaian Dengan Muatan Penuh
Basuhlah baju anda hanya dengan muatan penuh. Ini akan menjimatkan tenaga elektrik dan juga air. Tonton video di bawah:
3. Tutup Semua Tingkap & Pintu Semasa aircond berfungsi
Apabila anda on aircond, anda tutup apa yang patut. Bilik anda akan mengambil masa yang lebih lama untuk sejuk jika anda di kawasan yang terbuka. Jadi, jika anda tutup pintu, lebih cepat bilik anda sejuk. Tonton video di bawah:
4. Gunakan Mentol Yang Menjimatkan Tenaga
Gunakan lampu LED untuk lebih penjimatan elektrik. Lampu LED bukan sahaja menggunakan kurang tenaga elektrik, malahan tidak memerlukan masa untuk warm up sebelum menyala. Lampu LED juga lebih tahan lama berbanding lampu biasa. Jika anda masih menggunakan lampu mentol yang berwarna kuning, tukarlah kepada lampu kalimantang (fluorescent).
Ianya bukan sahaja menjimatkan elektrik, malah lampu fluorescent ini mempunyai jangka hayat sehingga 10 tahun lamanya dan ianya juga menghasilkan haba yang sedikit. Tonton video di bawah:
5. Gunakan Alat Elektrik Yang Berjenama dan Bermutu Energy Star
Barangan elektrik masa kini yang efisien, dilabel dengan pelekat penggunaan tenaga. Jadi, ketika membeli barangan elektrik yang baru, cari barangan elektrik yang ada pelekat ini. Atas pelekat ini, ada juga tertera peratus penjimatan penggunaan elektrik berbanding produk yang dilabel dengan 2 bintang.
Sebagai contoh, jika anda masih menggunakan peti sejuk yang berumur 10 tahun atau lebih, tukarlah kepada peti sejuk yang terbaru. Ini kerana kebanyakkan alat elektrik pada masa sekarang lebih cekap tenaga. Beli alat elektrik yang mempunyai rating Energy Star yang tinggi. Tonton video di bawah:
Jika cara mudah untuk menjimatkan bil elektrik TNB ini berjaya dipraktikkan, tidak mustahil anda akan melihat penjimatan sebanyak 30%-40% bil elektrik rumah anda. Jika anda ada sebarang tips untuk menjimatkan bil elektrik, sila kongsikan dibawah dengan mengisi ruangan komen. Terima kasih daun keladi, lain kali datang lagi.
Jom amalkan cara berjimat elektrik jika korang sayangkan bumi Malaysia. Ini untuk kepentingan generasi cucu cicit korang jugak. Kalau tak sayang boleh pindah planet lain ye.