Kongsi Petua: Hidung Tersumbat Sewaktu Tidur.
Ini merupakan masalah yang lazim dialami oleh kita semua. Tak kiralah samada kanak-kanak mahupun orang dewasa.
Bayangkan, semasa kita tengah tidur, pusing sana tak kena, pusing sini tak kena – sebab hidung tersumbat dan tak boleh bernafas dengan selesa. Tidur pun terganggu. Nak cari ubat malam-malam memang tak lah! Apa kata cuba petua orang lama ni.
Jika hidung anda tersumbat pada waktu malam ketika tidur dan sebagainya, pergi ke bilik air, dan berdiri tegak. Ambil beberapa titis air, dan lumurkan sedikit di atas kepala. Picit perlahan-lahan dan ulang beberapa kali. Lakukan selama seminit.
InsyaAllah, hidung tersumbat akan berkurangan dan bernafaslah seperti biasa.
Apa-apapun, mulakan dengan Bismillah. Selamat mencuba!