in ,

Pendapatan Lumayan Dengan Menulis Skrip Drama TV Secara Part Time atau Sepenuh Masa

Sekarang ni, Budiey perhatikan semakin ramai orang kita berminat untuk menonton drama TV. Setiap minggu ada sahaja drama baru yang bermutu keluar di kaca TV.

Tambahan pula sekarang, fenomena luar biasa telah tercetus apabila drama adaptasi dari novel telah mengambil tempat di hati penonton kita. Sekadar ingin memberi contoh, dengarnya drama Gemersik Kalbu yang sedang ditonton di TV3 juga mendapat rating yang tinggi dan diperkatakan oleh ramai peminat di Twitter dan Facebook.

Itulah perkembangan positif yang ingin kita lihat. Di sebalik itu juga, ramai pula yang berminat untuk menulis skrip drama. Ternyata, setakat ni dah ramai yang bertanyakan tentang Budiey, bagaimana cara untuk menulis drama dan bagaimana untuk menghubungi pihak TV untuk menghantar drama.

Mulanya Budiey agak panik sebab tak tahu bagaimana nak cakap sebab sudah tentu untuk menulis skrip yang bermutu dan diterima oleh produksi itu memerlukan ilmu yang khusus dan perlu belajar betul-betul dengan penuh minat dan tekun.

Lalu, Budiey apa lagi, google la… dan Budiey bertemu dengan sumber yang Budiey yakin ia sangat berguna kepada anda yang berminat untuk menulis skrip. Budiey ingin berkongsi kepada anda semua satu laman web yang menceritakan satu e-book berjudul Menulis Skrip Drama TV sebagai Karier Sara-Diri yang Ampuh.

E-book ini ditulis oleh seorang penulis skrip yang sungguh berpengalaman luas bernama Shafiuddin b Sharif yang pernah memenangi tujuh dari lapan hadiah utama yang dipertandingkan di Anugerah Skrin yang pertama menerusi drama ANAK ANGKAT. Selepas itu, pada tahun 1999 sekali lagi drama TV yang ditulis oleh beliau memenangi anugerah Drama Terbaik dalam Anugerah Skrin TV3. Judulnya Jutawan Segera lakonan M. Rajoli.

Kini, Anda Boleh Merealisasikan Impian Sebagai Penulis Skrip Drama TV

Jadi, sebelum menulis skrip, Budiey rasa apa yang anda patut tahu ialah:

  1. Jenis-jenis cerita yang dicari oleh stesen TV.
  2. Gaya penceritaan yang dikehendaki oleh stesen TV
  3. Garis panduan yang dibenarkan atau dilarang dalam penerbitan drama TV.
  4. Konsep yang sesuai untuk setiap rangkaian TV. Contohnya pendekatan TV3 lebih moden, semasa dan ranggi. Manakala TV9 pula lebih sederhana dan Islamik.
  5. Penonton sasaran yang menjadi penonton setia setiap rangkaian TV.
  6. Rahsia pergi pitching di TV. Pitching ialah istilah di mana penulis skrip mempersembahkan sinopsis mereka secara lisan kepada stesen TV.

Dan segalanya, akan diajar secara mendalam dalam e-book Menulis Skrip Drama TV sebagai Karier Sara-Diri yang Ampuh.

Namun, lebih dari itu, untuk menjadi penulis skrip yang berjaya sama ada sepenuh masa atau part time anda memerlukan beberapa kriteria iaitu:

  1. Ilmu menulis skrip TV.
  2. Isi cerita yang sesuai dengan kehendak stesen TV.
  3. Menulis/mempersembahkan sinopsis yang boleh memikat panel TV.
  4. Menyiapkan skrip dalam masa yang dijanjikan dengan pihak penerbit.
  5. Konsisten dalam bidang penulisan, tidak mudah patah hati jika tidak berjaya.

Tanpa itu semua anda akan teraba-raba dalam dunia penulisan yang penuh pancaroba dan persaingan ini. Bukan untuk mengipas atau membodek, tapi apa yang penting sekarang ini, anda perlukan seseorang yang sudah pun mempunyai pengalaman luas dalam menulis skrip. Dari situ, secara tak langsung anda akan mendapat motivasi dan keyakinan untuk memulakan karier sebagai penulis skrip. Sekurang-kurangnya, anda ada model atau idola untuk anda ikuti. Penulis skrip seperti Shafiuddin Sharif ini pastinya tak kedekut dengan ilmu dan mahu berkongsi pengalaman untuk memberi panduan apakah cerita yang dicari-cari oleh stesen TV yang boleh dijual dan akan mendapat rating jumlah penonton yang tinggi.

Okay, secara ringkas, untuk menjadikan anda semua lebih bermotivasi dan bersemangat untuk berkarier sebagai penulis skrip, Budiey nak sentuh sikit tentang berapa RM gaji atau pendapatan seorang penulis skrip di Malaysia. Pasti ramai betul pembaca yang nak tahu, kan?

Apa Yang Boleh Budiey Katakan, Pendapatan Penulis Skrip Drama TV Memang Sangat Lumayan.

Haaa… itu pun kalau kena dengan caranya ya.

Menurut kata Shafiuddin b Sharif, beliau berkata

“Tanya penulis skrip professional. Kalau mereka bukan kaki joli mereka hidup senang. Saya menjadi penulis lakonTV sejak tahun 1988 dan masih lagi menulis. Kenapa? Penulis skrip yang boleh menulis skrip mengikut piawaian industri sangat sedikit. Yang banyak ialah mereka yang baru belajar menulis dan terpaksa belajar semula menulis mengikut piawaian industri. Ini memakan masa dan penerbit-penerbit program TV jarang ada kesabaran sebab mereka dikejar oleh stesen TV untuk menyiapkan produk mereka.”

Slot drama TV dibahagi kepada beberapa jangkamasa.

  1. Slot telemovie (120 minit)
  2. Drama bersiri (jumlah episod x 30 minit)
  3. Drama bersiri (jumlah episod x 45 minit)

Harga berbeza-beza atas kemampuan kewangan syarikat.

  1. Telemovie sekitar RM2,000 – RM5,000
  2. Slot 30 minit sekitar RM600 – RM1,000. Jika satu musim ada 13 episod pendapatan anda ialah antara RM7500.00 – RM13,000 untuk satu-satu musim.
  3. Slot 45 minit sekitar RM1,200 – RM2,000. Jika satu musim ada 26 episod pendapatan anda ialah RM31,200 – RM52,000.
  4. Kalau filem, harga lakonlayar sekitar RM10,000 – RM30,000

Tahukah anda? Kebiasaannya stesen TV akan memilih cerita dari dua sumber:

  1. Penonton sasaran mereka.
  2. Para pengiklan yang akan menaja sesuatu slot rancangan TV itu.

Maklumat ini hanya dimiliki oleh mereka yang berkerja dalam setesen TV. Dan penulis e-book ini pernah berada di persada itu selama tujuh tahun.

Jadi, pasti ada faktor yang boleh membuatkan skrip yang dihasilkan itu dikatakan tidak bermutu?

  1. Cerita anda mungkin hebat tapi ia tidak kena dengan penonton yang disasarkan. Cerita anda mungkin berkait dengan penonton yang disasarkan tapi ia tidak senada dengan para pengiklan yang akan menaja slot cerita itu. Anda gagal! Ramai penulis yang gagal.
  2. Cerita anda mungkin memenuhi kedua-dua syarat tapi apabila anda mempersembahkan cerita anda depan panel cara anda bercerita menimbulkan kebosanan kepada panel. Panel menganggap cerita anda membosankan. Anda gagal. Ramai penulis gagal ketika pitching!
  3. Cerita anda diterima oleh stesen TV. Dan anda perlu menulis skrip dalam tempoh dua minggu. Anda tidak berupaya menulisnya dalam jangkamasa yang terhad. Anda gagal. Skrip anda tertangguh. Pihak TV tidak minat lagi dengan skrip anda.
  4. Skrip anda telah siap dan akan diterbitkan. Akan tetapi cara anda menulis menimbulkan masalah kepada penerbit. Skrip anda kurang dramatik. Bajetnya tinggi. Pelakon ramai. Lokasi banyak. Maka pengarah drama terpaksa cincang skrip anda supaya menepati bajet yang diperuntukan. Bila anda tonton drama anda kecewa sebab ia tidak seperti yang anda tulis.
  5. Semuanya ini boleh anda hindari jika anda memiliki ilmu yang benar dalam menulis skrip TV. Ilmu menulis skrip TV yang saya olah tidak serupa dengan apa yang anda pelajari di bengkel-bengkel atau di kelas-kelas yang formal atau yang terdapat dalam buku-buku yang dijual di kedai-kedai.

Rahsia Menulis Skrip yang Memenuhi Kehendak Pengarah, Penerbit & Stesen TV Kini Telah Didedahkan. Ianya EKSLUSIF…

Memperkenalkan… Panduan Eksklusif – PENULISAN SKRIP – TULIS, JUAL & TERBIT 

skrip

Dalam e-book ini ada disediakan Pelan Induk Langkah-Demi-Langkah untuk menulis skrip:

  1. Mulakan kerjaya sebagai Penulis Skrip untuk Drama TV hari ini juga secara Sambilan atau Sepenuh Masa:
  2. Panduan Langkah Demi Langkah Untuk Menulis Skrip Drama TV
  3. Berdasarkan Pengalaman Peribadi oleh Sifu Dalam Bidang ini
  4. Ditulis Dalam Bahasa Mudah Agar Mudah Difahami – Dijamin!
  5. Harga Yang Anda TIDAK AKAN Dapat di mana-mana dalam Malaysia!
  6. Keuntungan Lumayan Yang Selama Ini Terselindung Di Celah Teks Skrip Kini Bakal Menjadi Milik Anda!

Format e-book adalah PDF yang boleh dibaca melalui komputer dengan menggunakan perisian khas Adobe Acrobat Reader. Anda juga boleh mencetak e-book ini bagi memudahkan anda untuk membacanya di mana-mana sekalipun.

Dalam e-book ini juga ada 5 Modul Lengkap E-Book

Didatangkan dengan 5 modul yang mengandungi panduan penting bagi setiap aspek dalam membina kerjaya sebagai Penulis Skrip Drama TV! Antara isi kandungan yang terdapat dalam E-book ini ialah:

  1. Ia menghuraikan dengan tepat dan jelas hubungkait cerita, treatment dan skrip. 3 komponen inilah yang paling penting dalam menghasilkan sebuah cereka TV/filem
  2. Kandungannya tidak ditiru atau dicopy-paste atau diterjemah dari mana-mana ebook atau buku teks yang ada dalam pasaran.
  3. Ianya hasil dari pemerhatian, pengalaman dan tunjuk-ajar yang diperolehi oleh penulis selama 20 tahun berkecimpung dalam seni menulis cereka TV/filem tanah air.
  4. Contoh-contoh sinopsis, treatment dan skrip juga dilampirkan untuk kemudahan anda mengkajinya.
  5. Ebook ini bukan setakat dibaca. Ianya patut dibaca berulang-kali, dikaji dengan teliti dan barulah anda dapat menggenggam mutiara yang tersembunyi di dalamnya. Lebih mudah anda print/cetak kerana anda mudah mencatat nota-nota berbangkit ketika membaca atau mengkajinya.

Budiey tak nak cakap banyak sebab segala info lanjut boleh dapatkan di:

www.penulisanskrip.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro Bella Saluran Telenovela 24 Jam Pertama di Malaysia

Gambar Anak Penyanyi Beyonce & Jay Z Bernama Blue Ivy