in ,

Cara Menarik untuk Mulakan Bulan Oktober!

Kuala Lumpur Convention Centre sudah bersedia untuk mengalu-alukan kedatangan pengunjung ke dua pameran pengguna pertama

Kuala Lumpur Convention Centre (Pusat Konvensyen) sudah bersedia untuk menganjurkan dua pameran pengguna pada bulan Oktober ini, dan mengalu-alukan pelawat ke Bonanza Dunia Kecantikan (Beautylife Bonanza) dari 1 – 3 Oktober dan Ekspo Kucing (Cat Expo) 2020 dari 2 – 4 Oktober.

Pameran Beautylife Bonanza yang julung kali diadakan ini akan menawarkan nilai yang hebat dan pakej ganjaran yang menarik daripada pelbagai jenama produk kecantikan dan gaya hidup.

Ekspo Kucing merupakan pameran berkaitan kucing yang terbesar di Malaysia, dan bakal menjadi acara yang mesti dikunjungi oleh peminat dan penyayang kucing. Begitu banyaknya tawaran menarik, promosi besar-besaran, hadiah lumayan dan penjimatan sehingga 80% menjadikan Ekspo Kucing satu-satunya pameran yang tidak boleh anda abaikan!

Picture 1 - Beautylife Bonanza & Ekspo Kucing

Kedua-dua pameran menawarkan kemasukan percuma dan akan berlangsung dalam persekitaran yang bersih, terkawal dan selamat, dengan langkah-langkah keselamatan dan kawalan ketat, selaras dengan Prosedur Operasi Standard (SOPs) yang diluluskan Majlis Keselamatan Negara Malaysia.

Menurut Pengurus Besar Pusat Konvensyen, Alan Pryor, “Kami amat gembira untuk menganjurkan semula pameran pengguna di Pusat Konvensyen dan kami teruja untuk membuka tirai dengan dua acara yang menyeronokkan ini. Keupayaan untuk menganjurkan semula pameran membuktikan kegigihan dan kesungguhan Petugas Barisan Depan Malaysia dan Kerajaan untuk memerangi Covid-19 di negara ini.”

Untuk menambah keseronokan pelawat, Café 88 yang terletak di Aras Bawah di tengah (Centre Core) Pusat Konvensyen akan juga dibuka untuk membolehkan pelawat menikmati kelazatan aneka makanan Malaysia, sama ada dengan memesan makanan untuk dibungkus atau makan sambil bersantai menikmati keindahan pemandangan Menara Kembar PETRONAS yang menghadap ke Taman KLCC. Dengan begitu banyak sajian makanan yang menambat selera dan berpatutan harga, pengunjung pasti akan menjadikannya tempat paling sesuai untuk berehat dan bersantai semasa menghadiri acara-acara di Pusat Konvensyen.

Beliau menambah, “Sejak kami membuka semula pintu kami pada 1 Julai, kami bertuah kerana berjaya menganjurkan 84 acara dengan selamat – dua konvensyen, dua acara hiburan dan 80 mesyuarat dan acara lain (sehingga 25 September). Kami telah bekerja keras untuk memulihkan keyakinan pengguna terhadap acara-acara kami dan kami sudah mula melihat tanda-tanda pemulihan, dengan 10 pameran (perdagangan dan pengguna) dalam perancangan untuk baki 2020.”

Gerard Leeuwenburgh, Pengurus Besar Negara – Malaysia, Informa Markets (penganjur Beautylife Bonanza) berkata, “Kami teruja dan bersedia untuk membawa kembali pameran perdagangan kami dalam kelaziman baharu dan kami gembira kerana dapat menganjurkan Beautylife Bonanza pertama kami di Kuala Lumpur Convention Centre.”

“Sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk menjadi organisasi yang sentiasa mengutamakan tanggungjawah sosial, kami bercita-cita untuk melakukan lebih lagi untuk menambah baik kehidupan masyarakat di tempat kami beroperasi sambil menyediakan penyelesaian yang sebaik mungkin untuk perniagaan mereka. Itulah sebabnya kami memilih tema ‘Menabur Bakti Kepada Masyarakat’(‘Giving Back to Community’) untuk acara kali ini bagi membantu meringankan kesan ke atas masyarakat kurang bernasib baik dan untuk mengekalkan serta melestarikan mata pencarian mereka menerusi peluang ekonomi. Jadi, kami harap untuk melihat pengguna datang beramai-ramai untuk menyokong organisasi-organisasi ini,” katanya.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dua acara ini, sila kunjungi laman web www.beautylifebonanza.com/ dan laman Facebook @petexpomalaysia.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai langkah-langkah keselamatan dan bagaimana acara perniagaan berlaku dalam kelaziman baharu, tontonlah video di laman https://youtu.be/UnehqGNcN44.

Untuk mengikuti perkembangan di Pusat Konvensyen dan semua berita terkini, sila ke www.klccconventioncentre.com atau ikuti media sosial (Facebook – @klccconventioncentre, LinkedIn – Kuala Lumpur Convention Centre, Twitter – @klccconvention dan Instagram – @klccconventioncentre).

Mengenai Pusat Konvensyen Kuala Lumpur 

Kuala Lumpur Convention Centre (Pusat Konvensyen) ialah sebuah kemudahan pemenang anugerah yang dimiliki sepenuhnya oleh Kuala Lumpur Convention Centre Sdn Bhd, yang merupakan syarikat milik KLCC (Holdings) Sdn Bhd, iaitu anak syarikat Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS). Pusat Konvensyen diuruskan dengan bangganya oleh Convex Malaysia Sdn Bhd, sebuah usaha sama antara KLCC (Holdings) Sdn Bhd dan ASM Global.

Pusat Konvensyen ialah tempat acara Piawaian Emas pertama AIPC (Persatuan Antarabangsa Pusat Kongres) di Asia dan mempunyai pensijilan ISO 9001, ISO 22000, ISO 14001, ISO 45001, Sijil Perak EarthCheck serta Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP). Sebagai lokasi ASM Global, Pusat Konvensyen juga menjejak prestasi alam sekitar bulanannya berkaitan Emisi Gas Rumah Hijau, Penggunaan Air dan Pengurangan Sisa Buangan menerusi program AEG 1Earth.

Kemudahan lima tingkat ini menyediakan ruang serba guna seluas 33,659 meter persegi untuk pelbagai acara dan majlis di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur dan telah mengekalkan statusnya sebagai Pusat Konvensyen bertaraf dunia menerusi kepakaran pelaburan, penyenggaraan dan pengurusan yang berterusan. 

Kemudahannya yang disediakan termasuk dua auditorium; Dewan Pleno dengan 3,000 tempat duduk dan Teater Pleno untuk 470 orang; sebuah Dewan Utama (Grand Ballroom) yang boleh menempatkan 2,000 orang, Dewan Bankuet untuk 500 orang, tiga Dewan Persidangan, lapan Dewan Pameran (ruang fleksibel seluas 20,896 meter persegi termasuk tiga dewan pameran 2,862 meter persegi yang baharu di kawasan Pusat Konvensyen yang diperluas dan khemah tersendiri MarqE seluas 2,600 meter persegi) dan 23 bilik mesyuarat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ramalan Harga iPhone 12, Bakal Dilancar 13 Oktober Ini dengan Tiga Pilihan Storan

“Saya Bersyukur Andai Ditakdirkan Harris Jodoh Saya,” – Intan Ladyana