in

Cara MAYBELLINE NEW YORK Sambut Ulang Tahun Ke-100

Wanita moden tidak gentar untuk menampilkan kreativiti dan keperibadian mereka, bukan sahaja dalam perwatakan dan pakaian, tetapi juga dengan cara penampilan. Sejak 100 tahun yang lepas, Maybelline New York telah memberi inspirasi kepada wanita selama beberapa generasi untuk definisi kecantikan. Jawapannya terletak di tangan mereka: seorang wanita mempunyai kuasa untuk menyatakan dan mengekspresikan dirinya seperti yang mana dirinya mahukan.

Maybelline 100th Anniversary Visual

Meraikan Kuasa Untuk Menyerlah Ekspresi. Jenama kosmetik warna No. 1 Dunia, Maybelline New York meraikan Ulang Tahun ke-100 dengan menampilkan 10 solekan ikonik mengikut dekad

Hari ini, Maybelline New York adalah kosmetik warna #1 dunia yang boleh didapati di lebih daripada 129 buah negara di seluruh dunia, membawa glamor bandar raya New York ke hujung jari wanita, tidak kira di mana mereka berada. Bermula dari produk paling awal, iaitu produk bulu mata dan kening, Maybelline New York terus merentasi sempadan untuk menjadikan seni solek dapat dikecapi oleh semua wanita.

Tahun ini, Maybelline New York meraikan ulang tahunnya yang ke-100! Untuk meraikan dan memberikan penghormatan kepada peralihan trend solekan dari tahun ke tahun, artis-artis mekap Maybelline New York telah mencipta 10 solekan ikonik Maybelline yang mewakili setiap dekad, bermula dari tahun 1920-an.

Pink Fong, Pengurus Pemasaran Maybelline Malaysia meluahkan kegembiraannya untuk meraikan hari ulang tahun jenama ini yang ke-100. “Sememangnya ia merupakan suatu penghargaan untuk menjadi sebahagian daripada kehidupan begitu ramai wanita dalam 100 tahun yang lalu, bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia. Siapa sangka bahawa perniagaan kecil milik keluarga yang diasaskan oleh Mabel Williams pada tahun 1915 akan menjadi kejayaan global yang luar biasa? Saya berharap dengan 10 penampilan ikonik 10 dekad ini, lebih ramai wanita Malaysia akan mendapat inspirasi untuk berubah dengan produk Maybelline. Penampilan kegemaran saya ialah Mod Rocker dari tahun 1960-an, kerana saya teruja dengannya, ia merangkumi semua esen Maybelline – menonjol dan berani dengan bulu mata yang sangat menarik! Lagipun, Maybelline antara pencipta maskara yang terbaik, yang pernah memenangi anugerah di serata dunia,” katanya. Lanjutan dari itu, Cik Fong menambah, “Fesyen telah sentiasa menjadi platform untuk Maybelline New York untuk menunjukkan trend dan warna kita, oleh itu kami berkerjasama dengan pereka dan jenama-jenama fesyen tempatan. Malah kita berbangga dapat bekerjasama dengan ZALORA, peruncit fesyen dalam talian yang terdapat di Malaysia, Singapura, Hong Kong, Thailand, Filipina, Vietnam dan Brunei, sebagai Rakan Fesyen Rasmi di Malaysia untuk Maybelline sambutan ulang tahun ke-100. ”

Maybelline New York: Meraikan 10 Dekad dengan 10 Solekan Ikonik

1920-an – Fierce Flapper

Flapper girls adalah antara yang pertama merasai kebebasan wanita, dengan ikon seperti Louise Brooks dan Joan Crawford yang menetapkan trend untuk zaman 20-an yang hebat. Penampilan utama dekad itu adalah kening nipis melengkung ke bawah, solekan mata smokey yang dramatik dan gincu gelap.

Produk-produk:
• • Color Tattoo is ‘Audacious Asphalt’ – RM21.08
• Blush Em’ – RM31.01
• Big Eyes Mascara – RM48.64

1930-an – Siren In Rouge

Tahun 30-an adalah dekad gaya Art Deco, di mana keperibadian diraikan sepenuhnya. Penampilan ini lebih lembut dan lebih feminin, dengan kening melengkung, pembayang mata hitam dan bulu mata lebat. Perhatian tertumpu kepada bibir dengan warna merah bomba yang terang, ala Greta Garbo dan Jean Harlow.

Produk-produk:
• Color Sensational in ‘Red Porcelain’ – RM31.68
• Blush Em’ – RM31.01
• Eye Studio Impact Shadow in ‘Black’ – RM17.90
1940-an – The Pin Up

Penampilan glamor diinspirasikan oleh bintang Hollywood klasik seperti Ava Gardner dan Audrey Hepburn. Penampilan dengan ciri kening melengkung yang menakjubkan dan menonjol, dipasangkan dengan celak hitam pada kelopak mata dan dilengkapkan dengan bibir merah yang berkilat di bawah cahaya.

Produk-produk:
• Color Tattoo in ‘Tenacious Teal’ – RM21.08
• Clear Smooth BB Cream – RM21.08
• Color Sensational in ‘Pop 6’ – RM34.87

1950-an – Bombshell Glamour

Kehadiran simbol seks seperti Marilyn Monroe dan Brigitte Bardot menonjolkan gaya seksi dan ghairah ke tahap baharu. Penampilan gaya ini merupakan suatu penghormatan kepada ikon-ikon tersebut dengan kening tebal dan jelas, celak cat-eye, gincu merah pekat dan tidak lupa juga aksesori yang sempurna.

Produk-produk:
• Blush Em’ – RM31.01
• Color Sensational in ‘Red Revival’ – RM31.68
• Colossal Kajal Eyeliner – RM21.08
1960-an – Mod Rocker

Dengan penampilan mod (moden) yang menjadi trend dalam dunia fesyen dan kecantikan, Twiggy menjadi salah seorang ikon terbesar dekad ini. Penampilan ini menyerlahkan bulu mata palsu, ditambah dengan celak grafik yang diserlahkan lagi dengan asas putih atau pastel. Bibir dihiasi dengan warna pastel lembut seperti merah karang, merah jambu atau pic.

Produk-produk:
• Color Sensational Pink Alert in ‘Pow 3’ – RM31.68
• Eye Studio Lasting Drama Gel Liner – RM42.28
• Big Eyes Mascara – RM48.64
1970-an – Disco Diva

Era disko menampilkan rambut kembang dan solekan semula jadi, yang dipopularkan oleh ikon seperti Farrah Fawcett dan Jane Birkin. Mencipta semula rupa 70-an dengan kening lebat, pembayang mata berwarna perang yang mengelilingi mata dan gincu beige untuk melengkapkan wajah dekad ini.

Produk-produk:
• Big Eyes Shadow in ‘Smokey Brown’ – RM48.64
• Blush Em’ – RM31.01
• Volum’ Express Magnum Mascara – RM38.04

1980-an – Electric Raver

Penyanyi pujaan seperti Cyndi Lauper dan Madonna membuktikan bahawa menyerlah keperibadian dengan warna itu cool. Gaya ini menyerlahkan tulang pipi serta gabungan pembayang mata pelbagai warna. Anda boleh gunakan mana-mana gincu berwarna terang untuk melengkapkan solekan wajah anda.

Produk-produk:
• Eye Studio Hyper Cosmos – RM31.68
• Volum’ Express Rocket Mascara – RM42.28
• Color Show Lipstick in ‘114 Neon Pink’ – RM18.97

1990-an – Au Naturel Wonder

Siapakah boleh lupa dengan Spice Girls dan Britney Spears? Ini adalah dekad solekan tampak semula jadi yang memberi tumpuan kepada ciri semula jadi seseorang. Solekan mata ‘berbaur’ dengan gaya mata smokey yang dioles sempurna, pemerah pipi yang lembut serta gincu pastel kusam.

Produk-produk:
• Master Liner in ‘Black’ – RM16.84
• Fashion Brow Duo Shaper in ‘Grey’ – RM31.68
• Color Sensational Bold Matte in ‘Mat 7’ – RM31.68

2000-an – The Socialite

Dengan ikon seperti Sarah Jessica Parker dan si kembar Olsen, semua orang menggilai kehidupan mewah seperti yang ditonjolkan ketika mereka menghadiri acara sosial. Solekan sosialit yang ketara, tetapi tetap bergaya dengan kening yang dijelaskan, bulu mata lentik sempurna dan bibir merah jambu terang untuk menarik perhatian.

Produk-produk:
• Color Tattoo in ‘Bold Gold’ – RM21.08
• Color Sensational Pink Alert in ‘Pow 4’ – RM31.68
• Volum’ Express Hypercurl Mascara – RM31.68

Masa Depan – Fearless Femme

Dalam menuju ke masa hadapan yang tidak diketahui, trend kecantikan menjadi lebih menawan dan anggun. Kekal dengan gaya rupa abadi yang sesuai untuk ke mana-mana majlis dengan gaya: kening dibentuk semula jadi dan mata bercelak lembut dengan sedikit pembayang mata berwarna gangsa. Selain itu bibir disolek dengan gincu merah klasik dalam kemasan kusam.

Produk-produk:
• Blush Em’ – RM31.01
• Color Tattoo in ‘Bad To The Bronze’ – RM21.08
• Color Sensational Bold Matte in ‘Mat 5’ – RM31.68

Selain daripada 10 dekad penampilan ikonik, Maybelline New York turut meraikan 100 tahun inovasi dan kejayaan dengan 12 solekan edisi khas yang dicipta oleh jurusolek global Maybelline, Charlotte Willer.

Dari retro glamor hinggalah kecantikan futuristik, ciptaan beliau telah digambarkan oleh Kenneth Willardt, yang diilhamkan oleh “wanita yang berkeyakinan, berani dan pencipta inovasi revolusi” yang memberi impak kepada sejarah Maybelline New York.

Salah satu solekan ciptaan Charlotte Willer yang ditampilkan (gambar kiri) adalah pembayang mata dan celak berwarna gelap, kening nipis tetapi ketara dan bibir merah pekat yang diinspirasikan daripada solekan Charleston pada zaman 20-an.

Sempena sambutan tersebut, Maybelline Malaysia mengadakan peraduan Maybelline Look of Today #MYMAYBELLINE100. Secara keseluruhan, Maybelline Malaysia akan memilih 100 orang pemenang yang akan menerima jemputan acara Ulang Tahun Maybelline 100 Tahun. Pemenang hadiah utama akan dipilih dan diumumkan pada majlis itu, di mana pemenang akan menerima produk-produk Maybelline bernilai RM1,000! Untuk menyertai peraduan ini, anda hanya perlu:-

i. Ambil gambar selfie dengan versi penampilan ikonik hari ini anda
ii. Muat naik foto pada Instagram anda, hashtag # MYMAYBELLINE100 dan @MaybellineMalaysia
iii. Setiap minggu, 25 orang pemenang akan dipilih dan diumumkan pada halaman Instagram Maybelline Malaysia, halaman Facebook Maybelline Malaysia dan halaman Tumblr Maybelline Malaysia
iv. Peraduan akan berakhir pada 30 April 2015!

Ikuti perjalanan Maybelline New York dalam meraikan 100 tahun kecantikan dengan hashtag #Maybelline100 di Facebook dan Instagram. Anda juga boleh layari Facebook Maybelline Malaysia (www.facebook.com/maybellinenysimplyfab) atau Instagram (www.instagram.com/maybellinemalaysia) untuk maklumat lanjut dan terkini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

2.4 Juta Tonton TITAN Menang RM10,000 Qu Puteh Bintang Bersama Bintang

Comelnya! Gambar Bayi Arisz Anak Memey Suhaiza & Norman Hakim