Bulan lalu, kerajaan telah mengumumkan setiap ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenar untuk mengeluarkan wang simpanan KWSP melalui fasiliti Pengeluaran i-Lestari. Berikutan itu, permohonan telah dibuka sejak 1 April lalu.
Bagaimanapun, pengguna mula menghadapi masalah untuk memohon apabila tidak mempunyai i-Akaun dan pendaftaran tersebut memerlukan langkah yang agak sukar kerana tidak semua pengguna mempunyai akses mencetak borang pendaftaran tersebut.
Kini, melalui kemaskini terbaru, setiap ahli KWSP boleh memohon Pengeluaran i-Lestari tanpa memerlukan pendaftaran i-Akaun terlebih dahulu. Ikuti langkah mudah di bawah ini untuk permohonan Pengeluaran i-Lestari.
Untuk makluman, pengeluaran KWSP Akaun 2 boleh dilakukan sekiranya anda mendaftar e-Pengeluaran KWSP melalui i-Akaun. Melalui I-Akaun anda boleh melakukan pengeluaran KWSP secara online melalui laman web rasmi KWSP pada bila-bila masa.
Bagi pencarum yang belum mendaftar i-Akaun, anda bolehlah membuat pendaftaran dengan segera. Ini langkah mudah untuk anda membuatkan pengeluaran KWSP Akaun 2.
Selain itu, anda boleh mendaftar untuk pengeluaran akaun 2, KWSP selepas ia dipermudahkan, tak perlu isi borang yang merumitkan.
Tahniah kepada KWSP atas inisiatif ini yang memudahkan Makcik Kiah dan Pak Hj Salleh turut membuat pengeluaran akaun 2, tak sampai 5 minit uruskannya.
Inilah namanya inisiatif!
Usaha yang terbaik untuk kemudahan.
Tak perlu lagi nak buka i-akaun terus mohon sahaja sekiranya anda ada akaun di KWSP DAN ada duit di akaun 2. Untuk memohon, anda boleh layari:
Sekali lagi saya ulang ini lah inisiatif! Usaha yang terbaik untuk memudahkan urusan orang.
Boleh sahaja beroperasi tanpa perlu buka pejabat. Tak perlu jadi tempat tumpuan untuk orang beratur.
Jabatan lain boleh belajar dari KWSP.