Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli teruja umum isteri, Farra Inalis hamil lima bulan selepas impiannya untuk menimang cahaya mata tertangguh atas sebab-sebab tertentu.
Caprice meluahkan rasa syukur ketika mengumumkan berita kehamilan isterinya ketika ditemui media hari ini.
Caprice teruja, pernah tangguh impian akibat tekanan bisnes & media sosial
Jelas Caprice, dirinya bukanlah tidak mencuba untuk memiliki zuriat selepas mendirikan rumah tangga pada 2021. Namun, dia harus menangguhkan impian tersebut atas tekanan yang dihadapinya.
Pun begitu, Caprice tetap bersyukur dan teruja ketika mengumumkan isterinya sedang hamil anak sulung mereka berdua.
Caprice berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Thor-X di JW Marriot, di sini, sebentar tadi.
Dalam pada itu, Caprice mengatakan pengumuman yang dibuatnya itu bukanlah satu rekaan memandangkan dia memperkenalkan produk suplemen lelaki yang turut diamalnya sendiri.
Sekadar info, Caprice mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita berstatus ibu tunggal anak satu, Farra Inalis pada 15 November 2021.