Persengketaan berkenaan timbul apabila kedua-duanya saling berbalas posting di Insta Story setelah isu saling mempersenda antara satu sama lain.
Bagaimanapun, menerusi satu posting yang dimuat naik Caprice menunjukkan dia dan Sharnaaz lepak minum bersama-sama.

Biarpun tidak menyatakan sebarang butiran tentang pertemuan tersebut, namun video yang ditunjukkan kelihatan kedua-duanya nampak seakan-akan mesra.
Dalam pada itu, menerusi ruangan caption pada video berkenaan, rata-rata gembira dengan situasi berkenaan dan berharap agar ukhwah terus terjalin antara mereka. – KopiPlanet.com