Caprice, 33, mendedahkan perkara tersebut melalui muat naik status dalam Instagram hari ini.
Menerusi tangkap layar yang dikongsi pelantun lagu Lenglui itu, pengguna Instagram berkenaan menulis:
“Aku akan pastikan netizen hentam kau sampai kau rasa nak bunuh diri. Lagi bagus mati lagi baik.
“Kaya tak semestinya kau boleh buat semua benda bro. Ingat, ramai yang memerhati. Takut tak sempat mengucap balik Malaysia nanti. Jaga-jaga.”
Barangkali tersentak dengan ugutan tersebut, Caprice memberikan dua pilihan kepada individu terbabit, sama ada melibatkan pihak berkuasa atau menggunakan cara kasar.
“Tak perlu ugut-ugut atau jaga-jaga @ejang94. Pilih satu cara @pdrmsia_official atau kasar? Dua-dua kita boleh uruskan walaupun kita tak sampai Kuala Lumpur lagi. Insya-Allah,”
– Caprice
Bagaimanapun, selepas didedahkan Caprice, akaun Instagam tersebut kini sudah ditukar kepada tetapan ‘private’ (peribadi).
Terdahulu, negara digemparkan dengan pendedahan Caprice yang mendakwa pasukan Ustaz Ebit Lew yang berada di Gaza, Palestin sudah menconteng arang terhadap imej negara apabila memburukkan nama Malaysia dengan tindak-tanduk yang tidak sewajarnya.
Antara dakwaan Caprice termasuklah masyarakat Arab, terutamanya rakyat Palestin tidak selesa apabila Ebit mengambil atau merakam gambar menunjukkan wajah mereka terutama anak-anak kecil saat menghulurkan bantuan.
CAPRICE menunjukkan tangkap layar kecaman melampau yang diterimanya berhubung isu bantuan kemanusiaan ke Palestin.
Selain IG Live dari Caprice, pada malam ini juga netizen akan menumpukan juga perhatian mereka dengan siaran langsung bersama Nadir.
Caprice ada memuat naik IG story terbaru memaklumkan akan meneruskan sesi live seperti biasa pada 10 malam ini waktu Malaysia.