Bagaimanapun, satu sumber memberitahu Utusan Malaysia, pertemuan berkenaan tidak dapat dipastikan berkaitan dengan kes dan isu apa.
“Hari ini baru PDRM jumpa Caprice, tidak tahu kes mana dia rujuk,” katanya sumber itu ringkas.
Semalam, caprice telah memuat naik satu hantaran di Instagramnya memaklumkan pihaknya telah memperolehi beberapa nombor telefon individu yang dipercayai telah melanggan masuk ke sebuah telegram dan meminta sebuah video ‘panas’ membabitkan kanak-kanak di bawah umur.
Dalam hantaran berkenaan, Caprice juga memaklumkan penyebaran dan penjualan video kanak-kanak di bawah umur adalah satu jenayah.
“Ini adalah kesalahan jenayah yang besar sekiranya kongsi atau jual video kanak-kanak di bawah umur. Cap akan serahkan semua akaun dan nombor kepada Bukit Aman hari ini.
“Insya-Allah kita harap pihak berkuasa akan tahan mereka yang terlibat,” jelas hantaran itu.
Harap2 kita dapat tangkap satu / dua.
Korangg ade 6 jam untuk dlete semua yang sebar dan yang mintak jugak cap akan cari sampai dapat dan masuk dalam.