Penyanyi rap sensasi, Caprice khabarnya telah selesai menjalani kuarantin selama 14 hari, semalam.
Dia yang telah menanggalkan gelang tangan atau tag kuarantin itu turut berkongsi momen tersebut dalam sebuah hantaran di media sosialnya untuk tatapan peminat.
Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli itu kemudiannya mengisytiharkan misi terbaru iaitu perang terhadap golongan yang telah mencemarkan kesucian agama dan bangsa termasuklah golongan pedofilia.
Esok (hari ini) saya bebas. Hari ini adalah permulaan perang saya melawan predator seksual, pedofilia dan orang-orang munafik. Saya tidak akan pernah berhenti selagi orang itu tidak meringkuk dalam penjara. Ingat tu.
– Caprice

Dia dalam pada itu turut menyampaikan pesanan kepada mereka di luar sana agar tidak menjadikan ugutan bunuh sebagai jenaka atau sekadar hiburan di media sosial.
“Korang tunggu. Saya seorang yang penyabar dan takkan mengalah. Apabila kebenaran dirungkai, saya harap kalian bersedia dengan Google Maps atau Waze untuk cari saya di padang mahsyar nanti,”
– Caprice
Tulisnya lagi, semenjak difitnah oleh seorang individu yang tidak disebutkan nama, dia menjadi buruan malah menerima banyak ugutan bunuh.
“Dekat dunia, yang berani ugut, kita ada undang-undang. Jumpa saya depan-depan dahulu baru selesai.â€
– Caprice
Terdahulu, Caprice mendedahkan bahawa dia menerima hampir lebih 60 ugutan bunuh berikutan kegiatan dakwahnya di Gaza, Palestin telah disalah erti oleh sesetengah pihak.