Nama influencer Malaysia, Caprice sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Dia sering disebut-sebut sejak beberapa minggu kebelakangan ini berkaitan beberapa isu kontroversi terutamanya isu misi kemanusiaan di Gaza.
Caprice juga sering mengulas isu-isu semasa sehingga mendatangkan rasa kurang sesetengah pihak diatas kelantangannya bersuara.
Mungkin Akaun Instagram Kena Padam
Jadi, menerusi beberapa perkongsiannya kali ini di Instagram, influencer berkenaan memaklumkan boleh jadi posting tersebut adalah muat naik terakhir kerana pihak Instagram akan memadam akaunnya selepas ini.
Kronologi Peristiwa Yang Berlaku
Menerusi perkongsiannya yang lain, Caprice telah menulis kronologi bagaimana bermulanya dia boleh bergerak ke Gaza dengan pelbagai pendedahan yang ingin dibuat.
Menurutnya, pada awal-awal kontroversi tersebut bermula, dia cuma mahu meluahkan kekesalahan yang berlaku melibatkan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang membawa nama Malaysia didakwa membuat onar di Gaza.
Dia telah menggunakan gambar yang diambil oleh salah seorang ustaz yang dapat masuk ke Gaza merujuk kepada NGO dan tidak menyentuh secara direct kepada pendakwah tersebut.
Namun menurutnya, berlaku konflik apabila ada pihak dari team ustaz tersebut membuat provokasi di TikTok sedangkan ‘individu berkopiah’ yang dimaksudkan Caprice merujuk kepada NGO-NGO yang lain.
Pernah Berasa Sangat Tertekan
Menurut Caprice lagi, dia begitu tertekan terutamanya sewaktu di Cairo berhubung isu-isu berkenaan NGO yang didakwa menyelewengkan duit derma serta kontroversi yang dilakukan di media sosial sehingga ‘gempar’ satu Malaysia.
Akan Teruskan Misi Sebelum Pulang
Jadi, dengan semangat dan tekad yang ada, dia tetap akan meneruskan misinya Al-Aqsa 2040 dengan membantu membangunkan rakyat Palestin. Dia juga akan terus berjuang demi agama dan ummah.
Caprice memaklumkan yang dia akan sehabis baik menyelesaikan misinya sebelum pulang ke rumah untuk bersama keluarga, staf, rakan-rakan dan orang-orang yang dirinduinya.
Jadi, diakhir penulisan panjang lebar Caprice, dia menjangkakan yang muat naiknya itu adalah muat naik terakhir dalam masa yang agak panjang selepas ini sebelum kembali di Instagram.
Setakat ini, influencer berkenaan dipercayai masih berada di Mesir susulan belum berjaya masuk ke bumi Palestin. Dia yang tidak mengikut rombongannya pulang ke Malaysia telah mengambil pendekatan untuk meneruskan misi berseorangan demi jihadnya.
Sumber: OhMyMedia