Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Caprice menerusi satu perkongsian video di saluran telegram miliknya yang menjelaskan keadaan perniagaannya itu sehingga mengalami kerugian sebanyak RM900,000.
“Jarang artis atau usahawan tunjuk apabila diorang jatuh. I wanna do something different I wanna show you guys how bad kita jatuh dekat Rindu Raudah, my IT Company.
“Sejak kita (saya) viral dan satu Malaysia kecoh, I wanna show you how bad it hit my business,”
– Caprice
Menerusi video berkenaan, Caprice turut menunjukkan produk wangiannya itu yang dilihat masih tidak terjual dan masih berada dalam tempat penyimpanan di pejabatnya.
“Ni adalah stock yang tidak boleh jual langsung, sejak kita viral, for some reason, its very hard to sell and semua stock ni tak gerak langsung.
“Tahun lepas kita tak akan nampak stock-stock macam ni dekat office sebab memang laku keras dan selalu licin, tapi sejak kita viral semua ni tak boleh jual guys,” ujarnya.
– Caprice
Dalam pada itu, penyanyi itu juga menyatakan sepanjang dia ‘hilang’ tiga bulan, dia juga kehilangan tiga orang pekerja.
“Apabila semua tengah best, semua tengah senang memang kita enjoy dan apabila kita tengah susah ada setengah orang yang akan cabut atau hilang dari hidup kita, that is life.
“But bagi Caprice kalau boleh the proper way of doing business atau having a family susah senang kita kena sama-sama,”
– Caprice