in , ,

Capai 15 Tahun Dengan Jaya, Eskayvie Bantu Peniaga Raih Pendapatan

Mencapai 15 Tahun Kejayaan, Eskayvie Bantu 80,000 Usahawan Raih Pendapatan Lima Hingga Enam Angka Sebulan, Sasar Hasilkan 500 produk

Eskayvie, syarikat Bumiputera nombor satu di Malaysia dalam industri kesihatan dan kecantikan menyambut ulang tahun yang ke-15 genap pada 19 Mei 2024. Bagi menyambut hari istimewa ini, majlis Eskayvie’s 15th  Anniversary Celebration diadakan pada 25 Mei 2024 bagi menzahirkan rasa kesyukuran atas pelbagai nikmat yang dikurniakan, juga bagi meraikan pelbagai pencapaian yang berjaya diraih syarikat.

Tema 15 Years of Shaping A Healthier & Better Future Together dipilih untuk tahun ini, selaras dengan visi Eskayvie untuk Memperkasakan Ekonomi dan Kesihatan Ummah. Dengan bilangan lebih 3 juta pelanggan membuktikan kepercayaan masyarakat terhadap produk-produk berkualiti yang dihasilkan Eskayvie, bukan sahaja  memberi manfaat kesihatan kepada jutaan pengguna malah membantu para usahawan menjana pendapatan melalui Eskayvie Nexus.

Mencapai 15 Tahun Kejayaan, Eskayvie Bantu 80,000 Usahawan

“Alhamdulillah, Eskayvie adalah jenama yang berada di barisan atas dalam industri produk kesihatan dan kecantikan. 96% daripada syarikat yang ditubuhkan tidak boleh survive lebih daripada 10 tahun. Hanya 4% sahaja yang boleh melepasi 10 tahun dan hanya 1% sahaja daripada semua syarikat yang boleh mencapai sales minimum RM10 juta setahun. 

Tahniah kepada semua yang terlibat di dalam cerita kejayaan Eskayvie sepanjang 15 tahun ini. InshaAllah kita pegang teguh visi Eskayvie iaitu untuk Memperkasakan Ekonomi & Kesihatan Ummah dan sama-sama kita sebarkan sebanyak mungkin manfaat kepada masyarakat di luar sana.

“Eskayvie juga melancarkan sebuah lagi kempen terbaharu ‘Booster Minda’ bagi membantu pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Pastinya semua ibu bapa di luar sana mengimpikan anak-anak mereka mencapai kehidupan yang cemerlang. Silibus pembelajaran zaman sekarang yang semakin susah dan mencabar membuatkan anak-anak terpaksa bergelut dan memerlukan usaha 200% untuk memastikan mereka dapat skor dalam exam. 

Mencapai 15 Tahun Kejayaan, Eskayvie Bantu 80,000 Usahawan
Datuk Aznil, hadir memeriahkan majlis dan berkongsi pengalaman penuh bermakna sepanjang menjadi duta Eskayvie

“Kadang-kadang sebagai ibu bapa, kita tak sampai hati nak melihat kesukaran yang dilalui anak-anak sekarang. Bayangkan anak anda berjaya meningkatkan keupayaan otak berkali ganda hanya dengan pengambilan nutrisi yang berkesan. Dengan wujudnya kempen Booster Minda ini, InshaAllah anak-anak kita dapat dibantu mencapai kecemerlangan terutama dalam pelajaran,” kata Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed.

“Eskayvie sentiasa komited untuk menjadi peneraju global industri kesihatan dan kecantikan. Alhamdulillah pada tahun 2024 ini, Eskayvie berjaya mengembangkan segmen produknya daripada Health & Wellness kepada beberapa segmen baharu seperti kecantikan dan kesihatan Sunnah. 

“Matlamat Eskayvie adalah untuk menghasilkan 500 produk berkualiti tinggi yang diformulasikan menggunakan bahan-bahan semula jadi menerusi inovasi yang berterusan oleh kumpulan Penyelidikan dan Pembangunan Eskayvie bersama ahli profesional bertauliah. Eskayvie sentiasa meneroka penggunaan teknologi terbaharu untuk mengeluarkan produk terbaik bagi pelanggan yang mahukan gaya hidup holistik dengan manfaat yang luar biasa,” Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri.

Mencapai 15 Tahun Kejayaan, Eskayvie Bantu 80,000 Usahawan

Eskayvie peduli dan prihatin dengan menyalurkan sebahagian daripada hasil setiap pembelian produk kepada Yayasan Eskayvie untuk berkongsi rezeki dengan golongan yang tidak bernasib baik. Tagline Eskayvie Care For You menjadi budaya dan aspirasi syarikat ini sepanjang 15 tahun berada di pasaran.

“Bersempena sambutan ulang tahun syarikat yang ke 15 tahun, Eskayvie menyumbang RM150,000 kepada yang memerlukan. Yayasan Eskayvie yang diperbadankan pada 14 Jun 2012 diberi tanggungjawab dalam menjalankan amanah untuk menyalurkan sumbangan tersebut bagi membantu anak yatim, golongan miskin, rumah orang tua, golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan sebagainya. Setiap tahun pelbagai aktiviti dan program dijalankan bagi memastikan amanat yang diperolehi daripada dana yang dikumpul dapat disampaikan kepada golongan sasaran.”

Sepanjang penubuhan Eskayvie, syarikat ini berjaya membantu lebih 80,000 orang usahawan untuk menjana pendapatan berpuluh hingga ratusan ribu ringgit sebulan menerusi model perniagaan Eskayvie Nexus. Usahawan ini dibantu dan disokong dari segi bahan pemasaran, latihan dan bimbingan yang berterusan serta sokongan daripada golongan  profesional seperti doktor perubatan, nutritionist dan dietitian.

Mencapai 15 Tahun Kejayaan, Eskayvie Bantu 80,000 Usahawan

Eskayvie sebagai syarikat bumiputera sepenuhnya yang menjadi peneraju dalam penghasilan suplemen kesihatan, kini terus mengembangkan sayapnya dalam bidang kecantikan dengan mengeluarkan rangkaian produk kecantikan di bawah jenama Amarra.

Selepas kejayaan produk Amarra Hydra Lip Matte, Eskayvie melancarkan satu lagi produk di bawah jenama Amarra iaitu Amarra Velvet Matte Lipstick. Dilancarkan bersempena Hari Ulang Tahun Eskayvie yang ke-15, lipstik yang diformulasi dengan sumber Minyak Biji Jojoba,  Vitamin E dan B-Complex ini membantu membaiki kerosakan bibir dan masalah bibir kering. Didatangkan dengan enam warna elegan, produk ini membantu mencantikkan sambil merawat bibir. Majlis pelancaran turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, Pengarah Urusan Eskayvie, Puan Kartika Wati Mohamed dan Duta Eskayvie, Datuk Aznil Haji Nawawi.

Bagi mendapatkan produk keluaran Eskayvie, layari www.eskayvie.com.

Untuk maklumat lanjut mengenai peluang menjadi usahawan Eskayvie Nexus, layari

www.eskayvie.com atau www.eskayvienexus.my 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dalia Farhana Lancar Single Berjudul CURANG Dengan Rentak Yang Segar

Konsert DOLLA Re:Birth The Experience Pada 3 Ogos di Zepp Kuala Lumpur