Dengan 4.5 juta tontonan di kaca TV dan dominasi di media sosial dengan 2 bilion capaian mingguan, program ini telah mencipta sejarah sebagai rancangan nyanyian paling hangat tahun ini. Selama lapan minggu berturut-turut, CSOIAM terus menjadi rancangan trending nombor satu di X, membuktikan kehebatannya dalam menarik perhatian penonton dari pelbagai lapisan masyarakat.
Lebih menarik, CSOIAM juga mendominasi dunia digital dengan jumlah tontonan video sosial mencecah 100 juta, meningkat sebanyak 30% menjelang finale. TikTok menjadi platform utama dengan menyumbang 50% daripada jumlah tontonan, menandakan tarikan besar dalam kalangan Generasi Z. Kejayaan ini bukan sekadar mencipta bintang baharu, tetapi juga mengubah cara muzik dan hiburan disampaikan kepada penonton moden.
Pesta Kemuncak: Listening Party & Meet & Greet Eksklusif!
Bintang-bintang CSOIAM tidak akan berhenti bersinar di pentas akhir sahaja! Pada 14 Februari 2025, satu acara istimewa akan diadakan di APW Bangsar pada jam 8.30 malam – Listening Party & Meet & Greet Eksklusif. Peminat setia berpeluang untuk menyaksikan showcase eksklusif finalis, bergambar, berbual mesra, dan meraikan perjalanan luar biasa mereka bersama keluarga dan rakan-rakan. Ini bukan sekadar perjumpaan biasa, tetapi malam penghargaan penuh makna, di mana setiap insan yang telah menjadi sebahagian daripada fenomena ini diraikan dengan penuh emosi dan kegembiraan.
Perjalanan Luar Biasa: Dari Ujibakat Hingga Kejayaan Antarabangsa
CSOIAM bukan hanya sebuah pertandingan nyanyian biasa, tetapi sebuah platform pembangunan bakat komprehensif. Finalis yang terpilih tidak hanya mendapat pendedahan pentas, malah menerima latihan eksklusif melalui Mentorship Bootcamp bersama pakar industri dalam aspek vokal, kawalan pentas, dan penjenamaan diri. Lebih menarik, mereka berpeluang mengikuti latihan bertaraf antarabangsa di Jepun bersama penerbit J-Pop terkenal, di samping merakamkan single eksklusif dan muzik video profesional menerusi kolaborasi bersama artis ternama seperti Ade Govinda.
Detik paling epik dalam sejarah CSOIAM tentunya saat MaryGrace dinobatkan sebagai juara, mengalahkan Kai Deva (naib juara), Jimi (tempat ketiga), dan Zazzleen (tempat keempat). Dengan 190,000 undian pada malam finale serta peningkatan 54% dalam tontonan siaran langsung di Tonton, program ini membuktikan bahawa ia bukan sekadar pertandingan, tetapi sebuah pergerakan besar dalam dunia hiburan tanah air.
Jenama CSOIAM: Inspirasi Generasi Baharu!
Sebagai salah satu jenama yang kini sinonim dengan pencarian bakat di Malaysia, CSOIAM telah mengukuhkan kedudukannya sebagai platform paling berprestij dalam industri hiburan. Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Amy Gan, menyatakan rasa bangganya terhadap kejayaan ini, “Dengan berakhirnya musim ini, CSOIAM akan terus menjadi inspirasi kepada generasi artis baharu, menyatukan peminat muzik, dan mencipta bintang generasi seterusnya. Bersama Calpis, perjalanan ini tidak akan terhenti di sini – lebih banyak kejayaan bakal dicipta dalam industri muzik tanah air!”
Apa Kata Budiey?
CSOIAM bukan sekadar rancangan hiburan biasa, tetapi sebuah fenomena yang mencorak semula landskap industri muzik Malaysia. Kejayaan besar ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia dahagakan program hiburan berkualiti yang bukan sahaja menghiburkan tetapi juga membangunkan bakat-bakat baharu dengan pendekatan lebih moden dan relevan. Dengan impak yang begitu luar biasa di TV dan media sosial, CSOIAM pastinya akan terus dikenang sebagai salah satu program paling berpengaruh dalam sejarah hiburan negara.
Tahniah kepada semua pemenang, peserta, serta tenaga produksi yang telah menjayakan program ini! Sejuta soda, satu juara – fenomena yang akan kekal dalam ingatan!