in

Caliph Buskers Lancar Album Raya BUSKING AIDILFITRI

Kumpulan pemuzik berbakat, Caliph Buskers yang merupakan artis rakaman KRU Music telah melancarkan album raya berjudul ‘Busking Aidilfitri’ pada Khamis, 2 Julai 2015 lalu.

Majlis pelancaran dan sidang media album raya tersebut telah diadakan di ruang pentas utama, Central Market, Kuala Lumpur bermula dari jam 6.30 petang sehingga 9 malam.

Busking Aidilfitri 4

Sebelum majlis bermula, para tetamu dan rakan-rakan media yang telah banyak menyokong perjalanan seni Caliph Buskers disatukan dalam majlis berbuka puasa bersama Caliph Buskers, di mana mereka dihidangkan dengan juadah pasta dari LaFamiglia KL Foodtruck.

Album raya berjudul ‘Busking Aidilfitri’ ini merupakan album pertama Caliph Buskers di bawah naungan KRU Music, selepas merakamkan single pertama mereka, ‘ Hanya NamaMu’ yang kini rancak diputarkan di corong-corong radio.

Secara rasminya, album ini boleh dimuat-turun di iTunes dan album fizikalnya telah pun berada di pasaran bermula 26hb Jun 2015. Sinonim dengan alunan muzik Caliph Buskers, album raya ini berkonsepkan akustik di mana muziknya disusun dan dimainkan secara ‘busking’ dengan bunyi yang lebih santai dan mesra pendengar. ‘Busking Aidilfitri’ mengandungi 10 buah lagu klasik raya hits sepanjang zaman yang dirakam semula oleh Caliph Buskers dengan susunan muzik yang segar dan mesra halwa telinga masyarakat moden kini.

Antara lagu-lagunya adalah ‘Dendang Perantau’, ‘Suasana Di Hari Raya’, ‘Balik Kampung’, ‘Erti Aidilfitri’, ‘Suatu Hari Di Hari Raya’, ‘Cahaya Aidilfitri’, ‘Senandung Hari Raya Untuk Mu’, ‘Indahnya Beraya Di Desa’, ‘Dari Jauh Ku Pohon Maaf’, dan ‘Aidilfitri Yang Mulia’. Selain itu, single pertama Caliph Buskers, ‘Hanya NamaMu’ juga turut dimuatkan dalam album ini sebagai lagu bonus.

Rakaman kesemua sepuluh lagu di dalam album ‘Busking Aidilfitri’ ini telah dilakukan dalam masa yang cukup singkat iaitu hanya lima hari. Setiap hari Caliph Buskers akan merakamkan sekurang-kurangnya dua lagu dari awal pagi hinggalah ke tengah malam.

Album ‘Busking Aidilfitri’ ini boleh didapati di pasaran dengan harga RM27.90 sahaja.

Bagi mereka yang lebih menggemari muat turun secara digital, juga boleh membeli album ini di iTunes. Berikutan kejayaan single pertama mereka, ‘Hanya NamaMu’ yang telah mendapat respon positif dari orang ramai, mereka juga berharap album raya ini turut disokong dan diterima baik oleh para sahabat Caliph Buskers dan peminat muzik tanah air.

Busking Aidilfitri 3

Busking Aidilfitri 1

Busking Aidilfitri 2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MTV World Stage Malaysia 2015

Scha Alyahya Anjur Majlis Berbuka Bersama Ibu Tunggal