in

CAKAP KE TANGAN Single Terbaharu Stacy Hadiah Istimewa Daripada Suami Tercinta

Mula mengecap populariti sejurus menjuarai Akademi Fantasia musim ke-6 hampir sedekad yang lalu, Stacy Anam, 27 atau nama pentasnya sebagai Stacy kini bersedia untuk kembali memeriahkan industri hiburan tanah air setelah hampir setahun berehat daripada sebarang aktiviti nyanyian.

Lebih istimewa lagi, Stacy bakal tampil dengan sebuah single terbaharu berjudul ‘Cakap Ke Tangan’ hasil ciptaan sepenuhnya oleh suami beliau sendiri, Akim Ahmad atau lebih dikenali dengan nama pena sebagai Hang Nedim bersama Laq.

CAKAP KE TANGAN Single Terbaharu Stacy Hadiah Istimewa Daripada Suami Tercinta

Mesej Positif Stacy Menerusi CAKAP KE TANGAN

Penyanyi yang dikenali dengan kekuatan vokal serta turut dikagumi dengan bakat menari yang cukup baik ini terus perjuangkan konsep muzik catchy yang sememangnya sesuai dengan imejnya yang lincah dan bertenaga apabila beraksi di atas pentas. Setiap kali membuat persembahan, peminat pasti disaji dengan kreativiti dan pembaharuan segar yang sering dibawakan oleh beliau menerusi reka tari bertenaga lagi menghiburkan.

Sebelum ini, bait-bait lirik menerusi lagu-lagu hits nyanyian Stacy lebih banyak menjurus tentang hal percintaan dan kekesalan dalam hubungan. Menyuntik pendekatan yang sedikit berbeza kali ini, lirik untuk single ‘Cakap Ke Tangan’ digubah dengan susunan singkat dan ringkas tetapi mempunyai mesej mendalam untuk segelintir masyarakat yang sering menilai kekurangan orang lain sebelum melihat kelemahan yang ada pada diri mereka sendiri.

CAKAP KE TANGAN Single Terbaharu Stacy Hadiah Istimewa Daripada Suami Tercinta

CAKAP KE TANGAN Single Terbaharu Stacy Hadiah Istimewa Daripada Suami Tercinta

Mengulas mengenai kemunculan semula beliau menerusi single ‘Cakap Ke Tangan’, Stacy berkata, “Single ‘Cakap Ke Tangan’ ini merupakan hadiah istimewa daripada suami tercinta. Saya gembira dengan nukilan lirik dan alunan muzik yang dihasilkan kerana menepati citarasa saya. Walaupun sudah lama tidak beraksi di atas pentas, saya masih Stacy yang sama seperti dahulu kerana nyanyian dan tarian adalah jiwa dan memberi kepuasan kepada saya. Selagi masih ada yang percaya kepada bakat dan mahukan saya untuk terus mewarnai industri dengan kebolehan yang ada, selagi itulah saya akan terus di sini menghiburkan semua.

Melalui single ‘Cakap Ke Tangan’ ini juga, mesej yang ingin disampaikan diharap dapat memberi manfaat seterusnya meninggalkan kesan yang positif kepada orang ramai. Di samping itu, saya juga ingin memberi motivasi kepada peminat saya sendiri bahawa mereka perlu yakin dalam hidup dan tidak perlu takut dengan pandangan serong yang sering dilemparkan oleh segelintir masyarakat.

Sepanjang karier bergelar anak seni, saya sudah lali dengan sepak terajang dunia hiburan serta pernah diuji dengan pelbagai pahit getir dan turut pernah mengalami tamparan hebat kecaman khalayak ramai terutamanya di laman media sosial. Sebagai artis, segala gerak geri saya menjadi perhatian sehingga kadang kala menjadi bahan cerita yang kurang enak. Saya enggan ambil pusing dengan sebarang unsur negatif dan ambil semua itu sebagai penguat semangat untuk bekerja lebih keras untuk cemerlang dalam membina jenama sendiri.

Menerusi single ini, saya ingin mengajak peminat untuk sentiasa berfikiran positif dan abaikan aura negatif yang akan mencelarukan kehidupan kita seharian. Harapan saya agar single ini mendapat penerimaan yang baik buat semua. Saya turut mengucapakan jutaan terima kasih kepada semua peminat yang tidak pernah jemu menjadi penyokong setia saya dari awal kemuculan saya dalam Akademi Fantasia sehinggalah sekarang.”

Menurut Adam Lobo, Ketua Muzik Label, Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd., “Stacy ialah seorang penyanyi wanita yang mempunyai tahap motivasi yang tinggi. Semangat dan etika kerja Stacy amat dihormati dan perlu dipuji kerana beliau tidak mudah putus asa dan sentiasa berkongsi idea-idea untuk menghasilkan lagu-lagu yang berkualiti agar mudah diterima peminat. Kelainan yang dibawa oleh Stacy melalui single ‘Cakap Ke Tangan’ adalah menerusi mesejnya yang mendalam.

Lagu ini membuatkan Stacy bukan sahaja berperanan sebagai seorang penghibur, malah jika diuntai barisan liriknya beliau mengajak peminat untuk menjadi seorang yang positif dan harus memiliki mental yang kuat untuk berhadapan dengan pelbagai rintangan. Dengan adanya konsep muzik bertenaga dan ringkas ini, pihak pengurusan berharap agar para peminat muzik tanah air menggemari dan teruskan menyokong kerjaya seni Stacy. Rangka promosi single ‘Cakap ke Tangan’ akan dilaksanakan mulai bulan ini dan Stacy dijadualkan bakal memenuhi sesi temubual di stesen-stesen radio dan televisyen tempatan.”

Single ‘Cakap Ke Tangan’ ini diterbitkan sepenuhnya oleh Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd. dan akan mula menemui peminat menerusi corong-corong stesen radio tempatan bermula pada hari ini.

Selain itu, muzik video lagu ‘Cakap Ke Tangan’ juga boleh ditonton secara eksklusif menerusi saluran Youtube ‘Rocketfuel Network’. Lagu ini juga boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Layari saluran Youtube Rocketfuel Network untuk maklumat lanjut.

CAKAP KE TANGAN Single Terbaharu Stacy Hadiah Istimewa Daripada Suami Tercinta

Butiran single ‘Cakap Ke Tangan’

Penyanyi : Stacy
Tajuk lagu : Cakap Ke Tangan
Komposer : Hang Nadim dan Laq
Penulis lirik : Hang Nadim
Pengedar : Nova Music Sdn Bhd & Rocketfuel Entertainment
(Sub Publisher Warner Chappell Music Sdn Bhd)
Penerbit : Rocketfuel Entertainment

LIRIK

Verse 1

Itu Ini semua serba tak kena
Nampak aku yang bersalah
Kau macam Raja

Buka mata sampai tertutup mata
Asyik nak membebel selalu
Kau banyak mulut

Chorus

Cakap ke Tangan
Apa ingat ku suka
Cara dan perangai
Layaknya bercakap dengan tangan

Engkau fikir ku kisah
Bising lah kau sana
Silakan bercakap dengan tangan

Verse 2

Ting-Ting kuatnya tin kosong berbunyi
Kata engkau tak bermakna
Langsung tak bererti

Buka mata sampai tertutup mata
Asyik nak membebel selalu
Kau banyak mulut

Peduli kau sana

Chorus

Cakap ke Tangan
Apa ingat ku suka
Cara dan perangai
Layaknya bercakap dengan tangan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hotels.com Lancar Kempen HALF THE FUN OF TRAVEL Bersama Elfira Loy

Creative Director & Travel Buddies Win Airasia X Ultimate Xventure Contest