in ,

Cabaran Solekan Catwalk to Sidewalk Maybelline

Dapatkan gaya berilhamkan Pentas peragaan di Cabaran Solekan Catwalk to Sidewalk Maybelline

Maybelline membawakan gaya solekan terbaru dari pentas peragaan Minggu Fesyen New York ke Malaysia menerusi cabaran solekan yang akan berlangsung sepanjang September hingga November tahun ini.

Bertemakan Catwalk to Sidewalk, konsep cabaran ini adalah untuk setiap peserta mendapat ilham daripada gaya solekan ketika Minggu Fesyen Maybelline bagi musim luruh 2012, dan menghasilkan gaya yang menarik namun sesuai dipakai setiap hari buat dirinya sendiri. Kemudian ambil gambar gaya dan solekan tersebut dan muat naik gambar ke laman Facebook Maybelline Malaysia di www.facebook.com\maybellinenysimplyfab.

Maybeline Elfira Loy

Maybeline Elfira Loy

Maybeline Elfira Loy

Maybeline Elfira Loy

Menurut Pink Fong, Pengurus Kumpulan Produk Maybelline New York di L’Oreal Malaysia serta penganjur cabaran ini, gaya di pentas peragaan biasanya berani, ceria dan kreatif namun tidak sesuai bagi penggunaan setiap hari. “Kami namakan cabaran ini sebagai The Catwalk to Sidewalk Makeover Challenge bagi memberi ilham dan bimbingan kepada wanita dan gadis Malaysia untuk mengubah gaya pentas peragaan yang glamor menjadi gaya yang mudah dipakai, sama ada ketika bekerja, bergembira, atau ketika di acara dan mana-mana majlis, serta mengikut mood anda!” katanya.

Untuk menyertai cabaran ini, anda hanya perlu menonton tutorial solekan yang sedia ada di Facebook Maybelline Malaysia dan mendapat ilham daripada gaya yang ditampilkan untuk pentas peragaan musim ini.

Bagi mereka yang tidak tahu atau tidak biasa menyolek atau menggayakan diri sendiri, cabaran ini masih boleh disertai menerusi roadshow yang digayakan oleh pakar transformasi gaya yang dikenali sebagai Catwalk Crew. Pakar-pakar yang terlibat termasuklah mekap artis, penggaya fesyen serta jurugambar yang akan membantu setiap peserta mengubah gaya ‘catwalk’ Maybelline kepada gaya ‘sidewalk’ yang menarik dan gambar akan diambil secara percuma!

“Kami sedang berusaha mencapai jumlah transformasi gaya sebanyak mungkin kerana kami ingin mengubah gaya ramai wanita Malaysia, seramai yang kami mampu! 3,000 orang peserta pertama akan menerima maskara eksklusif Maybelline Falsies Everlasting Mascara yang diimport dari Jepun! Maskara edisi terhad ini tidak boleh didapati di Malaysia buat masa ini. Anda hanya perlu memuat naik gambar gaya solekan yang berilhamkan ‘Catwalk to Sidewalk’ ke Facebook Maybelline Malaysia; dan sekiranya gaya anda menarik hati penganjur cabaran, gaya anda akan dipilih dan ditampilkan di Maybelline Hall of Beauty pada laman sosial jenama ini (Facebook),” kata Fong yang begitu bersemangat akan cabaran dan roadshow ini.

Tambahnya: “Ia merupakan cabaran transformasi yang lengkap. Kami berharap setiap wanita dan gadis Malaysia, yang belum pernah mencuba untuk bersolek, hanya menggunakan solekan tipis atau benar-benar solekan untuk menyertai cabaran yang menyeronokkan ini.”

Peserta boleh memilih sebarang gaya yang ditampilkan di cabaran ini sebagai ilham atau titik permulaan transformasi mereka. Selain daripada gaya Maybelline New York di pentas peragaan, mereka juga boleh memilih empat gaya harian, yang digayakan oleh duta jenama, Elfira Loy.

Keistimewaan gaya Sidewalk Quirky Queen oleh Elfira ialah kulitnya yang sempurna, yang boleh dihasilkan dengan mudah menggunakan BB White dalam tona Natural; pipi yang kemerah-merahan serta bibir yang berkilat, menggunakan Angelfit Blusher dalam tona Peachie Sweetie serta gincu Color Sensational Jewels dalam warna Pink Tourmaline; serta bulu mata yang kelihatan bagaikan bulu mata palsu menggunakan Maskara VEX Falsies. Gaya yang ceria dan manis ini boleh dicantikkan lagi dengan gaya rambut yang ranggi serta spontan!

Untuk mendapatkan gaya Sidewalk Sophisticated seperti Elfira, solekkan bahagian mata menggunakan pembayang mata Hyper Cosmos CP-1 dan Hyper Glossy Liquid Liner untuk membentuknya dengan cantik; dan lengkapkan dengan melentikkan bulu mata menggunakan VEX Hypercurl. Lengkapkan gaya ini dengan menyapu gincu Color Sensational Jewels bertona Rose Quartz. Kemudian gayakan rambut anda yang ikal atau lurus, dan serlahkan kecantikan mata anda pada kamera!

Berasa patriotik sempena Hari Malaysia yang baru berlangsung? Luahkannya seperti Elfira dengan gaya Sidewalk Pretty Patriot. Keistimewaan gaya ini termasuklah warna dan motif dari bendera negara kita, yang menyerlahkan bibir dan mata anda! Selain daripada menyapukan pembayang Hyper Diamonds dalam tona biru (BU-1), jadikan mata anda tampak besar dengan menggariskan bahagian dalam dan luar mata dengan menggunakan warna-warna kontra, Master Liner White dan Drama Gel Liner (hitam). Warnakan bibir dengan Color Sensational Jewels bertona Blushing Berry dan lengkapkan gaya tersebut dengan gaya rambut yang kemas. Serlahkan semangat anda!

Bagi gaya hangat yang menarik, dapatkan ilham daripada gaya Sidewalk Sexy Siren Elfira. Dapatkan mata yang menarik dengan Hyper Diamonds GY-1, Drama Gel Liner bertona hitam dan gunakan Maskara VEX Falsies. Kontrakan solekan berani pada mata dengan warna bibir yang tampak semula jadi dengan Color Sensational All In One bertona Honey, dan jangan lupa mengilatkannya menggunakan Watershine Pure bertona BC11. Anda boleh lengkapkan solekan ini dengan gaya rambut yang kemas dan tidak menutupi bahagian mata, agar nampak lebih menyerlah.

“Dengan rangkaian kosmetik Maybelline New York yang besar, peserta kami pasti mampu mendapatkan solekan yang tepat untuk menghasilkan gaya yang sempurna dan melambangkan personaliti tersendiri. Jadi apa tunggu lagi, mari bergembira bersama Maybelline!” kata Fong.

Maybelline New York merupakan jenama solekan #1 di dunia yang menggalakkan wanita di seluruh dunia untuk bersolek dan menyerlahkan keyakinan dan keceriaan diri. Jenama ini mempercayai kepentingan dalam membolehkan wanita menyerlahkan diri mereka melalui solekan menggunakan produk yang mudah dipakai dengan harga yang berpatutan. Oleh itu, walaupun gaya pentas peragaan dijadikan ilham bagi peserta dalam cabaran transformasi Catwalk to Sidewalk ini, matlamat utama cabaran ini adalah agar setiap peserta wanita dapat menyerlahkan personaliti masing-masing menerusi fesyen dan solekan.

Bagi maklumat lanjut akan cabaran dan roadshow ini, layari laman Facebook Maybelline Malaysia di www.facebook.com/maybellinenysimplyfab.

Maybeline Elfira Loy

Maybeline Elfira Loy

Maybeline Elfira Loy

Maybeline Elfira Loy

Maybeline Elfira Loy

Maybeline Elfira Loy

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pertandingan Mimpi Ke Bintang Zon Timur

EKSKLUSIF Gambar Skodeng Selebriti Berbulan Madu di Pulau Boracay