Memilih peserta yang memiliki ciri-ciri seperti kekuatan vokal yang mantap, mempunyai aura, penampilan dan personaliti bintang, Bintang RTM mengekalkan mekanisme pemilihan 80 peratus vokal dan selebihnya 20 peratus persembahan.
Minggu lalu menyaksikan 30 peserta yang melepasi uji bakat mega berjuang bagi melayakkan diri meletakkan posisi masing-masing bergelar Top 16. Pujian seharusnya diberikan kepada peserta yang bersungguh-sungguh mahu memikat hati juri dengan persembahan bertenaga yang diberikan.
Nantikan kemunculan 16 peserta yang berjaya meloloskan diri dalam “Bintang RTM Top 16” yang disiarkan dua hari berturut-turut pada 30 dan 31 Disember ini, pukul 5.00 petang di TV2. Juga boleh ditonton menerusi penstriman langsung RTMKlik menariknya setiap perkembangan dan info terkini boleh diikuti menerusi NASIONALfm yang juga merupakan radio rasmi BRTM 2024.
Saksikan kemaraan keseluruhan tujuh peserta lelaki dan sembilan finalis wanita yang mewakili zon masing-masing. Persembahan sengit dijanjikan peserta dari Pulau Pinang iaitu Akma Natasha, 24 tahun; Nuhammad Zulfeka (Feka), 22, Kuala Lumpur; Nurul Maimanah (Nana), 17 tahun, Melaka; Mohd Azumi Shazani (Azumi), 25, Kedah; Siti Erinshahira (Erin Shahira), 20, Melaka; Sharifah Nurilmuhayati (Nuril), 25, Kuala Lumpur dan Muhammad Hadi Hafsham (Hady Huv), 20, Kuala Lumpur.
Saingan turut diberikan peserta dari Kuching, Sarawak iaitu Muhammad Harris Mukhriz (Harris), 19; Muhammad Shahrezza (Shah Rezza), 21; dan Roziena Ixzy (Roxy Ixzy), 25. Manakala seorang lagi peserta iaitu Elliza Suezina (Liz), 24, dari Bau, Sarawak.
Peserta paling ramai berasal dari Sabah iaitu Mohd Enrien Syah (Jon), 23, Semporna; Dayang Irsyadhania (Dhania), 15, Papar; Mohammad Said Suhazrie (Joy), 20, Sandakan; Eylia Eyre Guntabid (Eylia Guntabid), 21, Penampang; dan Nur Shahirah (Noy), 22, dari Kota Marudu.
TRIVIA…
Menerusi pencarian uji bakat mega yang telah berlangsung di seluruh negara secara dua peringkat iaitu uji bakat on-line (Julai hingga September 2023) dan uji bakat di lokasi (Ogos hingga September 2023).
Bermula dari Zon Utara di Pulau Pinang (5 dan 6 Ogos), Zon Selatan di Johor Bahru (18 hingga 20 Ogos), Zon Pantai Timur di Kuantan (26 dan 27 Ogos), Sabah di Kota Kinabalu (2 dan 3 September), Sarawak di Kuching (9 dan 10 September) dan lokasi terakhir melibatkan Zon Tengah yang diadakan di Kota Media Angkasapuri pada 23 dan 24 September lalu.
Pertandingan nyanyian RTM telah melahirkan ramai nama-nama besar di dalam industri seni hiburan seperti Dahlan Zainuddin, Allahyarham Dato’ Sudirman Haji Arshad, Yunizar Hussein, Jamal Abdillah, Najib Hanif, Rohana Jalil, dan Juliza Adlizan.