Muzik dan tepuk sorak gemuruh yang memeriahkan suasana pertandingan Teh Tarik kegemaran rakyat Malaysia menyambut orang ramai yang menghampiri ruang legar utama Quill City Mall pada 5 Ogos 2015. Peserta dari seluruh Malaysia bertarung untuk merebut gelaran Raja Tarik F&N di pertandingan akhir Cabaran Raja Tarik F&N 2015 yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM42,000 untuk kedua-dua Kategori A (Pengusaha F&B) dan Kategori B (Orang Ramai).
Mengulas mengenai kejohanan yang telah diadakan selama lebih satu dekad itu, Ketua Kategori Susu Pekat, F&N Dairies Malaysia, Cik Eileen Chan, berkata,
“F&N teruja kerana dapat menyediakan satu platform untuk rakyat Malaysia mencapai satu kejayaan baru menerusi seni teh tarik. Latihan, kemahiran dan pengalaman selama bertahun-tahun diperlukan untuk membuat Teh Tarik atau Teh Tarik Kahwin berbuih yang sempurna dan berperisa dengan tambahan Susu Pekat Manis dan Susu Sejat F&N untuk mencapai tahap keenakan lemak berkrim dan kemanisan yang cukup rasa. Justeru, pertandingan ini juga merupakan cara kami mengiktiraf usaha dan sumbangan mereka yang telah menghidupkan budaya Teh Tarik kita; yang benar-benar boleh dianggap sebagai budaya Malaysia.”
“Di F&N, kami sentiasa berusaha untuk membina hubungan menerusi detik cita rasa teristimewa sejak turun-temurun. Kami mahu melihat pertandingan ini menemani rakyat Malaysia untuk bertahun-tahun lagi sebagaimana jenama F&N telah menjadi teman yang dipercayai dan memainkan peranan penting di dapur semua keluarga Malaysia,” tambah Eileen.
Tetamu jemputan dan wakil media dibawa mengembalikan ingatan kepada zaman silam Kuala Lumpur menerusi paparan dan bunyi. Mereka dijamu dengan makanan cita rasa tempatan yang menjadi kegemaran ramai seperti Kacang Putih dan Teh Tarik, sesuai dengan tema nostalgia detik cita rasa. Selain daripada itu, mereka juga berpeluang untuk menyingkap sejarah teh tarik dan Cabaran Raja Tarik yang yang anjurkan oleh F&N, dan juga persembahan lawak jenaka oleh Maharaja Lawak Nabil dan Angah. Acara menarik lain termasuk persembahan Kiddo Crew dengan iringan muzik rancak bersama Raja Tarik F&N, Norazlin Bin Mat Janus. Pengacara pada hari itu adalah Fizo Omar, pelakon, pengacara televisyen dan usahawan terkenal yang menghiburkan hadirin dengan gelagat dan keletahnya.
Pemenang Cabaran Raja Tarik F&N 2015 dipilih berdasarkan, presentasi dan penyediaan Teh Tarik Kahwin, koreografi, kemahiran dan kreativiti oleh panel hakim jemputan, yang terdiri daripada MasterChef Selebriti Malaysia Musim 1 Dato’ Fazley Yaakob, En. Andy Miller, Ketua Pegawai Eksekutif, Vizeum Media Services Malaysia dan Encik Jauhar Munir, Pengurus Besar Pemasaran, F&N Dairies Malaysia.
Sebagai pembuka tirai kepada acara kemuncak Cabaran Raja Tarik F&N tahun ini, Fizo Omar telah bekerjasama dengan F&N Dairies untuk menerbitkan siri bertema Cita Rasa Teristimewa Thailand Bersama F&N yang ke udara setiap Isnin dan Rabu jam 7.55 malam di TV3 dan setiap
Rabu dan Jumaat jam 8.05 malam di TV9.
Pusingan akhir Cabaran Raja Tarik F&N 2015 juga dijadualkan siaran menerusi TV3 pada 16 Ogos 2015, dari 6.30 petang hingga 7.00 malam dan di TV9 pada 19 Ogos 2015, dari 10.00 malam hingga 10.30 malam.
Untuk maklumat lanjut tentang Susu Pekat Manis dan Susu Sejat F&N, sila ke laman www.fndairies.com