Cabaran Memasak Suria FM adalah pertandingan memasak antara lapan penyampai radio, yang diadakan di Empire Shopping Gallery pada Sabtu, 19 Oktober 2013. Empat penyampai radio dari stesen Suria FM dan empat penyampai radio Red FM bertanding untuk pertama kali dalam Cabaran Memasak Suria FM.
Cabaran Memasak SURIA FM
[dropcap]P[/dropcap]enyampai radio Suria FM, Halim Othman, Linda Onn dan DJ Lin bersama pembaca berita Suria FM Haffiz Aziz, berentap dengan penyampai radio Red FM, Lil Kev, Jeremy, Terry dan Fiqrie untuk menjadi ‘P.O.P Cooking King’ . Mereka telah berjaya menonjolkan bakat mereka dalam bidang memasak dan juga kegunaan minyak kelapa sawit.
“Suria FM Cabaran Memasak merupakan satu cabaran yang bukan sahaja mengetengahkan bakat memasak penyampai radio Suria FM dan Red FM, tetapi juga menonjolkan kelebihan dalam menggunakan minyak kelapa sawit untuk memasak.†kata Kudsia Kahar, Timbalan Ketua Pegawai Penyiaran Kumpulan Star Radio.
Mereka diberi masa, lebih kurang dua jam, untuk menyediakan pembuka selera, hidangan utama dan pemanis mulut. Masakan mereka diadili oleh pemenang Masterchef Celebriti Malaysia, Datuk Fazley Yaakob, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Wong Chun Wai, chef selebriti, Sherson Lian dan chef eksekutif untuk G Tower, Chef Johny Fua. Pemenang dipilih berdasarkan rasa dan persembahan.
Pendengar Suria FM dan Red FM yang hadir, menunggu dengan penuh debaran sementara para hakim berbincang dan mengamati penilaian yang dibuat. Pendengar Suria FM melompat kegirangan apabila stesen kegemaran mereka diumum sebagai pemenang. Halim Othman, Linda Onn, DJ Lin dan Haffiz Aziz dinobat sebagai pemenang.
Suria FM Cabaran Memasak adalah inisiatif yang diambil of Star Radio Group untuk berkongsi kepentingan dan kegunaan minyak kepala sawit yang merupakan salah satu sumber kepada ekonomi negara.
Hadiah pertandingan ditaja oleh Daisy, Buruh dan Carotino. Selain itu, Felda Global Ventures juga menaja 100 benih kelapa sawit.