in

Cabaran Lebih Hebat Over The Top Musim Ke-2

Budiey masih ingat lagi program Over The Top pada tahun lepas mendapat sambutan yang hangat di kalangan penonton. Tup tap tup tap, pada tahun ini, untuk musim Ke-2 rancangan permainan realiti tv pertama dan hanya di Malaysia yang menggabungkan keseronokan dengan mengaplikasikan kemahiran hidup sebenar di dunia ini tak kurang hebatnya. Malah, Budiey rasa program ini bakal memberikan cabaran yang lebih sengit di kalangan peserta. Rencah ratus inilah yang menjadikan program ini seronok ditonton seisi keluarga.

over the top

Cabaran Lebih Hebat Menanti Peserta Over The Top Musim Ke-2

[dropcap]B[/dropcap]udiey difahamkan, pada musim ini, program Over The Top telah menarik perhatian ramai peserta untuk menyertai ujibakat dan anda akan melihat seramai 18 kanak-kanak terpilih dan mereka ini sangat bersemangat ingin menguji kemahiran hidup mereka dalam dunia moden.

Pada minggu lalu, Budiey berkesempatan untuk hadir di majlis sidang media di mana Azman Aziz, Naib Presiden Kanan Bahagian Jualan Langsung Runcit MBSB telah mengumumkan siaran rancangan reality TV kanak-kanak, Over The Top Musim Kedua dianjurkan oleh Kelab Simpanan Cheeky MBSB yang akan mula ditayangkan di TV3 pada jam 10.00 pagi setiap Sabtu diikuti episod sambungannya pada hari Ahad jam 10.30 pagi bermula 26hb Oktober 2013 selama lapan minggu.

Over The Top 2

“Kami berhasrat untuk mewujudkan satu platform bagi mendekati generasi muda terutamanya golongan kanak-kanak dan menarik minat mereka terhadap pengurusan kewangan. Ini diharap dapat memupuk serta menanam amalan pengurusan kewangan yang sihat di kalangan generasi muda.” – Azman

Beliau turut menjelaskan bahawa peserta Over The Top Musim kedua ini bukan sahaja akan diuji kekuatan fizikal dan kemahiran pengurusan kewangan mereka malah keupayaan peserta untuk membuat keputusan secara reaktif apabila berhadapan dengan cabaran yang diberikan turut diuji.

[pullquote align=”right”]Rancangan Over The Top Musim Ke-2 akan ditayangkan pada 26 Oktober 2013 10.30 pagi di TV3.[/pullquote]

Bagi musim kedua Over The Top ini, para peserta berpeluang untuk mengenali dan mendekati hidupan liar secara dekat, menguji pemikiran mereka dalam rekaan seni coklat serta daya ketahanan diri apabila mereka diuji dengan pelbagai halangan dan cabaran.

Dihoskan oleh duo dinamik iaitu Faizal dan Nadia, Over The Top Musim Ke-2 akan mempunyai lebih cabaran dan anda boleh lihat riak muka kebimbangan setiap kanak-kanak yang menyertai. Selain dari cabaran demi cabaran, anda juga akan tersenyum sendiri melihat keletah mereka yang sangat inginkan kemenangan.

Sementara itu, Penerbit Eksekutif Over The Top dan Ketua Pegawai Eksekutif Island Talk Asia Sdn Bhd, Sasidharan Chandran berkata:

[pullquote align=”right”]”Musim kedua ini tapil dengan elemen-elemen yang lebih menarik di mana setiap episod akan memaparkan kepentingan kerja berpasukan.”[/pullquote]

Beliau turut berkata bahawa perserta-peserta yang terpilih akan dibahagiakan kepada enam pasukan terdiri daripada tiga ahli sepasukan di mana mereka akan bersaing selama lapan minggu dan peserta akan melalui pelbagai halangan dan cabaran yang menguji ketahanan diri daan mental. Peserta boleh mendapatkan sumber talian hayat (Mata Wang Cheeky) dan menguruskannya bagi melayakkan mereka untuk mara ke pusingan akhir tanpa penyingkiran.

Daripada ujibakat yang diadakan seramai 18 peserta telah terpilih daripada lebih 500 kanak-kanak yang hadir pada ujibakat yang telah diadakan di Sri Pentas TV3 pada 29 April 2013. Pusingan akhir Over The Top Musim Kedua pula akan diadakan di Kompleks Membelii Belah Berjaya Times Square, Kuala Lumpur di mana pasukan yang berjaya berpeluang untuk memenangi pakej percutian ke Disneyland dan Ocean Park Hong Kong serta hadiah wang tunai sebanyak RM30,000.00.

Pada musim ini, Over The Top Musim Kedua juga akan menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM10,000,00 bagi “peraduan Penyertaan Penonton Di Rumah” (Kategori Sekolah) kepada sekolah yang mempunyai bilangan penyertaan tertinggi di samping menawarkan hadiah-hadiah mingguan menarik kepada penonton di rumah.

Over The Top Musim Kedua dipersembahkan oleh Kelab Simpanan Cheeky MBSB yang menyasarkan golongan kanak-kanak yang berusia di antara 9 hingga 15 tahun. Kelab Simpanan Cheeky MBSB ini ditubuhkan pada April 2011 bagi menarik minat penabung muda untuk membuka akaun simpanan mereka dengan MBSB, menikmati kadar keuntungan dan pada masa yang sama, menyertai keahlian kelab yang menawarkan pelbagai ganjaran serta aktiviti-aktiviti menarik.

Untuk maklumat lanjut mengenai Over The Top Musim Kedua, sila layari www.overthetop.my & jangan lupa untuk LIKE Facebook : www.facebook.com/mbsboverthetop

Over The Top 2

Over The Top 2

Over The Top 2

Over The Top 2

Over The Top 2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RAUDHAH AIDILADHA DISAMBUT MERIAH DI KELANTAN

Saingan Ceria Superstar Musim Kedua Bermula