in , , ,

Cabaran Jururawat Desa dalam MISI DANIA CUN Lakonan Niena Baharun

Kisah kerjaya seorang jururawat desa dikongsikan Radio Televisyen Malaysia dalam drama bersiri terbaharu bertajuk Misi Dania Cun yang bersiaran mulai 1 April ini, setiap Isnin hingga Rabu, pukul 7.00 malam di TV1.

Menerusi 13 episod siarannya,drama bersiri lakonan Niena Baharun sebagai Dania, Dazrin Kamarudin (Dr. Dani), Livonia Ricky (Ilya), Aemma Nursyakira (Nisa) dan Jibob (Seman) ini mengangkat pelbagai isu dan permasalah yang dihadapi seorang jururawat dalam menjalankan amanah dan tugas di sebuah klinik desa.

Misi Dania Cun

Ia bermula dengan watak utama Dania ditawarkan bertugas sebagai jururawat di kawasan pedalaman tanah air.

Dia mulanya tidak setuju tetapi kemudian menerimanya sebagai cabaran setelah dipujuk oleh ayahnya, Zakariah. Setelah mendaftar di klinik tersebut, Dania berkawan baik dengan Misi Ilya dan Misi Nisa.

Sikap Dania yang rajin dan bertanggungjawab memberikan perkhidmatan perubatan kepada penduduk di desa itu membuatkannya disenangi ramai.

Kes pertama dihadapinya bila berdepan dengan seorang wanita yang begitu percayakan kaedah perubatan tradisional iaitu bomoh dikenali sebagai Pak Landak. Meskipun diberi amaran keras oleh bomoh tersebut, Dania tetap tegas tindakan Pak Landak itu salah.

babak dalam Misi Dania Cun

Dania berkawan rapat dengan Dr.Dani yang baru bertugas di situ. Misi Dania dan Dr. Dani berjaya menyelamatkan kelahiran seorang bayi di klinik itu dan menggalakkan masyarakat desa mendapatkan perkhidmatan di klinik. Perhubungan erat antara Misi Dania dan Dr.Dani menimbulkan perasaan cemburu Misi Ilya.

Kerana kecantikan dan kebaikannya, dia digelar Misi Dania Cun. Pada suatu hari Seman cuba mengurat Dania, tetapi tidak dilayan. Syikin, isteri Seman datang menyerang Dania kerana cemburu.

Seman tiba-tiba Seman pengsan akibat serangan jantung mujur Dania berjaya menyembuhkannya. Syikin memohon maaf kepada Dania atas sikapnya yang negatif itu.

Dania dan Dr. Dani terus menabur bakti memberikan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk desa. Pada suatu hari dia didatangi Makcik Leha yang menghidap penyakit keracunan dalam darah tahap kritikal.

Muncul anaknya Amir yang menemui Makcik Leha semata-mata mahu mendapatkan wang tanpa mempedulikan keadaan ibunya yang kritikal. Nasihat Dania tidak dihiraukan hinggalah ibunya meninggal dunia dan Amir menyesal.  

Dania berdepan dengan sebilangan penduduk Desa Telok Jering yang tidak mempunyai kesedaran tentang betapa pentingnya suntikan imunisasi kepada bayi yang baru lahir.

Salah seorang daripadanya Kak Milah. Keikhlasan Dania akhirnya menyedarkan Kak Milah dan dia setuju memberikan anaknya suntikan imunisasi. Tindakan ini diikuti oleh orang-orang lain. 

Episod berikutnya tentang kehadiran pakar penyakit kanser prostat, Daud memberi ceramah kepada orang kampung tentang bahaya kanser prostat. Namun ia tidak disenangi oleh Pok Leh yang menganggap Daud ‘orang luar’.

Walau bagaimanapun, Dania dan Dr.Dani sangat bijak dan sabar menangani keadaan ini. Akhirnya Daud berjaya menyampaikan mesej kesihatan tentang kanser prostat kepada orang kampung. Pada masa sama mereka membantu Pok Leh yang juga penghidap sakit kanser prostet tahap 1. 

Sementara itu Dania dan Dr. Dani berjaya mengesan penyakit siplis yang dihidapi oleh Timah berpunca daripada kegiatan yang tidak bermoral suaminya, Saad.

Akhirnya Saad mengakui kesilapannya yang membawa bahaya kepada isterinya. Dania dan Dr.Dani merujuk Saad ke hospital untuk rawatan lanjut. Pada akhir episod ini Dr. Dani melamar Dania menjadi isterinya.

Di klinik, Dania memberikan suntikan kepada seorang bayi. Kesan suntikan itu, menyebabkan tangannya sedikit berdarah. Namun, ibu bayi itu tidak berpuas hati lalu menjadikan hal itu tular di muka buku.

Berita ini tersiar di seluruh negara dan Misi Dania dikecam oleh netizen. Dr. Dani sentiasa memberi sokongan kepada Dania. Tidak lama selepas peristiwa itu, bayi sama demam panas dan Dania membantu merawatnya. Dania bersetuju memperkenalkan Dr. Dani kepada ibu bapanya.

Dr. Dani yang pergi bercuti di rumah keluarga Dania. Perhubungan mereka semakin akrab dan Dr.Dani mula menyesuaikan dirinya untuk menjadi menantu.

Apabila mereka pulang ke Desa Teluk Jering, satu peristiwa telah berlaku, di mana Tasha dan adiknya Shila yang kematian ibu telah diperlakukan dengan kejam oleh bapa tiri mereka.

Akhirnya Dr. Dani dan Dania berjaya membawa pihak polis menangkap bapa tiri Tasya yang sedang masuk ke bilik Shila untuk melakukan perbuatan sumbang dan terkutuk terhadap Shila.

Episod diteruskan dengan Nisa, Ilya, dan Dania menjalankan kempen kesihatan untuk menggalakkan orang-orang kampung menjaga kesihatan mereka. Muncul Pakcik Kassim menghidap sakit darah tinggi dan kencing manis. Menurut Uncle Chan,

Pakcik Kassim dibaikan oleh anak-anaknya kerana pada masa mudanya dia telah mensia-siakan mereka. Setelah meninggal dunia Pakcik Kassim mengamanahkan Dania duit untuk didermakan kepada kanak-kanak tahfiz.

Aktiviti Kempen Anti Demam Denggi giat dijalankan. Kempen ini adalah anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia yang dibantu oleh Dr. Dani, Dania, Nisa dan Ilya. Salah seorang daripada penduduk kampung, iaitu Kak Milah sangat malas membersihkan kawasan persekitaran rumahnya yang menyebabkan nyamuk aedes membiak dan anak lelakinya telah diserang Demam Denggi Berdarah. Sementara itu, perhubungan antara Dr. Dani dan Dania dicemburui oleh Ilya.

Episod akhir ibu bapa Dr. Dani yang berpangkat Datuk dan Datin bersikap sombong semasa makan di chalet Kampung Teluk Jering. Perbuatan mereka yang menghina pekerja chalet di situ ditegur oleh Dania.

Pada keesokan harinya apabila mereka diperkenalkan kepada Dania oleh Dr.Dani, mereka jadi marah dan mengatakan bahawa Misi Dania tidak layak menjadi menantu mereka. Dania sangat kecewa. Lalu apakah kesudahannya?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ingat Ke Kek Patung Barbie, Rupa-Rupanya… Pengasas Susuk 1 Juta!

Kucaimars Semakin Popular Setelah Video Muzik Rasmi JAWAB Disiar di Youtube