in

Cabaran Hebat Menanti Program Realiti Ikon Siarawan

12 peserta program realiti Radio Televisyen Malaysia (RTM), “Ikon Siarawan” bakal memulakan misi dan cabaran dalam memilih siapakah antara mereka yang benar-benar layak digelar ikon mulai 3 Mei depan, setiap Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi TV2.

Program menggunakan moto Ikon Siarawan Sahut Cabaran ini berjaya menarik penyertaan daripada 2,000 calon menghadiri sesi uji bakat yang di seluruh negara bermula Oktober tahun lalu yang kemudiannya menyaksikan hanya 12 peserta bertuah mara ke peringkat seterusnya.

12 peserta bertanding termasuklah Mohd Ismail Adnan, 24, Nurul Nurdalilah Abdul Kadir, 28, Raydwin Robin, 24, Nurul Hidayah Md Nawai, 26, Zaira Sri Zakaria, 27, Mohd Faris Izzat Shaharudin, 24, Khaviarsan A/L Muniandy, 24, Puteri Nur Alia Mohd Jasmin, 26, Mohd Zalfie Abd Jawad, 25, Sim Sui Yee, 25, Mohd Shahreyzam Awang, 26 dan peserta termuda Nurul Syuhaida Ariffin, 21.

Sepanjang tempoh latihan profesional selama tiga bulan di bawah tenaga pengajar undangan khas. peserta dapat mempelajari pelbagai aspek, antaranya etika kewartawanan, teknik berhadapan dengan kamera, penyampaian berita, pengacaraan serta latihan dalam melaporkan berita dari lokasi secara langsung.

Finalis akan mempelajari cara penggunaan peralatan penerbitan dan cara penyesuaian diri dengan persekitaran studio di samping menjalani latihan vokal, pembacaan skrip serta penghayatan dan pemahaman, sebelum didedahkan dengan dunia glamor.

Sepanjang sesi latihan, peserta turut berpeluang menemui tokoh terkemuka negara, selain ditugaskan bersama enam agensi kerajaan iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBDPM), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Finalis perlu membuat laporan sebenar daripada acara yang berlangsung seperti perlumbaan udara ekstrim di Putrajaya pada Mei ini, di samping tugasan tidak dirancang dengan kerjasama bilik berita TV. Laporan terbaik dan mempunyai nilai berita akan disiarkan dalam siaran berita sebagai pendedahan awal. Ia pastinya tugasan yang sangat mencabar kepada peserta bertanding.

Menariknya program ini tidak akan menggunakan medium undian menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), sebaliknya peserta dinilai berdasarkan penjurian profesional.

Setiap minggu mereka akan berhadapan dengan juri dan seorang peserta disingkirkan setiap kali siaran. Sesuai dengan konsep rancangan gabungan realiti TV dan pertandingan, finalis akan berebut hadiah keseluruhan yang ditawarkan bernilai RM205,000 termasuk sebuah kereta.

Menggunakan moto Ikon Siarawan Sahut Cabaran, ia akan dalam tujuh episod bermula 3 Mei ini, jam 9 malam di TV2. Episod separuh akhir dan pertandingan akhir akan disiar secara langsung pada 7 dan 14 Jun ini.

12 peserta

Khaviarsan AL Muniandy

Mohd Faris Izzat Shaharudin

peserta lelaki

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelawak Popular Cipta Sejarah & Rekod Dalam Lawak Siang Malam

SHEILA MAJID

Penyanyi Indonesia Rossa & Sheila Majid Bakal Bergabung Dalam Sebuah Konsert