Cabaran Abby Abadi Menyamar Jadi Gila di TV1
Kerjaya Erna sebagai seorang editor majalah yang kekeringan idea menuntutnya menyamar sebagai orang kurang siuman untuk mencambahkan idea topik yang ingin dikongsi bersama pembaca. Namun nasib tidak menyebelahinya apabila pihak yang terlibat dalam misi rahsia itu terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia. Lalu dia terkontang-kanting seorang diri ingin membebaskan diri daripada terus tinggal di Rumah Bahagia tempatnya menyamar sebagai orang gila.
Dibawakan wataknya oleh Abby Abadi, drama menarik mengisi slot Panggung Seri bertajuk Aku Tak Gila yang disiarkan pada 13 Ogos 2011, jam 9.00 malam di TV1. Ia turut dibantu lakonan berkesan oleh Mak Engku, Shiela Mambo, Ziela Bakarin, Zul M.Osman dan Sharifah Shahora.
Kisahnya bermula dengan Erna yang dalam perjalanan ke pejabatnya untuk menghadiri mesyuarat, terpaksa menaiki LRT kerana keretanya rosak. Di dalam LRT itulah dia terjumpa Maniam yang bercakap sendirian seolah-olah ada orang di depannya (halusinasi). Erna pelik melihat Maniam. Kebetulan dia Ketua Pengarang majalah wanita, dan ketandusan idea, Erna mulai terfikir untuk mengkaji kehidupan di rumah bahagia.
Dan tanpa pengetahuan bos dan rakan-rakannya, Erna meminta kebenaran Pengarah Rumah Bahagia untuk tinggal di sana selama tiga hari sebagai seorang gila. Walaupun ditolak, akhirnya Pengarah berkenaan setuju.
Bermulalah kehidupan Erna sebagai orang gila. Tinggal sebilik dengan Laila, (kaki sembahyang), Yah (kekasih hilang) dan Tipah yang ada masalah dengan mertua. Pelbagai peristiwa berlaku dan Erna sentiasa menulis. Dia berlakon jadi gila kerana bimbang diketahui orang.Dan kakitangan di pejabatnya berleter kerana Erna cuti tanpa bagitahu. Telefon pun tidak diangkat.
Sehingga tiba masanya, Erna minta kebenaran untuk keluar dan ingin menemui Encik Suhaimi, pengarah hospital. Tetapi alangkah terkejutnya Erna bila mengetahui Dr. Suhaimi dan pembantunya terbabit dalam kemalangan dan meninggal dunia.
Erna cuba terangkan keadaan sebenarnya tetapi tidak dipercayai. Erna terpaksa cari jalan lain. Dia ternampak Jenal yang menghantar sayur ke tempatnya. Jenal takut pada Erna. Erna bagi sekeping nota supaya Zainal membantunya menelefon Fauziah, pembantunya. Zainal terlupa dan nota berkenaan termasuk dalam mesin basuh. Bagaimanapun Zainal jumpa nota berkenaan dan berusaha membaca nombor yang telah pudar.
Akhirnya ketika Zainal sampai dengan lorinya, Erna lari keluar dan panjat lori Jenal. Erna Berjaya keluar dengan lori berkenaan dan berselisih dengan kereta Zul yang datang bersama Fauziah. Bila sampai di rumah. Jenal terkejut melihat Erna dan menangkapnya. Lalu Erna dihantar kembali ke hospital gila. Masa di tempat letak kereta hospital bahagia itulah Erna Nampak Fauziah dan Encik Zul setelah mereka kecewa tidak jumpa Erna.