Untuk pengetahuan pembaca, Butternang merupakan anak syarikat kepada ANSSHELLBOX SDN. BHD. Pada 19 Mac 2022 yang lalu, kami berkesempatan untuk menyaksikan acara pembukaan restoran ini yang berlangsung sangat meriah dan cukup bermakna!
Semasa majlis pelancaran, kami menemubual pengasas restoran ini. Menurut Noraisyah Maaras, CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) ANSSHELLBOX SDN. BHD, beliau menubuhkan Butternang by Ansshellbox ini adalah semata-mata untuk memenuhi selera penggemar makanan seafood ala bangsawan dengan harga yang sangat berpatutan dan mampu milik.
Sebut seafood orang kata, golongan T20 sahaja yang mampu menikmatinya. Sebab itu dicipta sesuatu identiti baharu yang target marketnya orang biasa pun mampu makan. Menunya berasaskan makanan butter seperti garlic butter clam.
Di restoran Butternang, terdapat menu yang sangat ringkas dan senang untuk dibawa ke mana-mana dengan masa yang sangat singkat tanpa memerlukan masa yang lama untuk menyiapkannya. Dengan cara ini dapat menjimatkan masa menunggu pelanggan.
Mahu senang lagi, pelanggan kini sudah ada pilihan lain di mana mereka boleh menempah di aplikasi Grab Food. Ini menjadikan Butternang adalah peneraju restoran berasaskan makanan laut yang pertama dengan menyediakan makanan dengan cara yang lebih cepat.
“Selalunya, makanan ala seafood ini mengambil masa yang lama untuk disediakan. Oleh sebab itulah, kami mahu menjadi restoran yang pertama di Asia yang dapat menyediakan makanan dengan pantas dalam masa 10 minit sahaja,”
“Restoran ini adalah cawangan yang pertama dan kita sekarang merancang untuk membuka lagi lima cawangan. Di Kuala Lumpur, kita akan buka lagi satu dalam pasaraya. Kemudian, kita akan buka cawangan di Johor Bahru dan Melaka,”
Pastinya pembaca akan tertanya-tanya tentang harga. Antara jenama Ansshellbox dan Butternang, sudah tentu ada bezanya.
“Kalau Ansshellbox dia punya harga boleh sampai RM1,000 tau. Akan tetapi, untuk Butternang ni harga bermula dengan hanya RM10 dan tak lebih daripada RM100,”
Kenapa Ansshellbox? “Ini kerana kita adalah satu-satunya jenama makanan laut yang menyediakan pembungkusan dalam kotak. Biasanya pembeli perlu membeli dengan jumlah yang besar berbanding Ansshellbox, kita turut sediakan untuk seorang makan. Itu yang membuatkan kami lebih istimewa berbanding jenama lain,”
Kita mempunyai enam perisa berbanding jenama lain yang hanya ada dua perisa sahaja. Antara perisa-perisa kami adalah spicy kam heong, classic sweet spicy, salted butter creamy, hot cajun, rosemary dan spicy sour plum. Untuk info lanjut, senarai menu boleh didapati di Instagram Ansshellbox.
Bermula dengan dorongan rakan-rakan, Noraisyah Maaras memulakan perniagaan restoran makanan berasaskan laut ini dengan hanya bermula dari rumah. Kemudian, setelah mendapat banyak permintaan dari ramai, beliau telah membuka di tepi jalan di Chow Kit iaitu di sebelah KPJ Tawakal. Sehinggalah kini, beliau berjaya meluaskan cawangan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Antara menu yang menjadi kegemaran ramai di Ansshellbox adalah King Crab Sweet Chili dan Canada Lobster iaitu lobster bakar ada chess, itu kita punya killer menu.
“King Crab bermula denggan harga RM200 lebih, paling mahal boleh cecah RM3,000, ikut saiz dan king crab tu masih hidup dan frozen pun ada. Kalau yang hidup tu boleh cecah sampai RM3,000.
Kat sini tak ada akuarium, jadi, konsepnya grab and go,”
“Tapi untuk perancangan pada masa akan datang, kita akan buka sebuah restoran yang berkonsepkan akuarium untuk Ansshellbox. Perancangannya biar betul-betul PKP habis dan kita akan beroperasi,”
Sementara itu, di restoran Butternang pula, menu yang sentiasa mendapat sambutan dan digemari ramai adalah chicken butter.
“Selalunya bila family yang makan seafood, akan ada salah seorang dalam family tu yang alergik sebab itu kita ada signature Chicken buttermilk. Kuah butter kita lain daripada yang lain,”
“Kalau kita perasan, sekarang ini banyak sangat jenama yang jual makanan seafood. Selalunya kalau orang buat seafood, kuahnya warna merah tak ada pun yang warna kuning. Sebab itulah kita namakan Butternang kerana butter tu dari Ansshellbox. Nang tu maksudnya bernasib baik yang memang ada dalam kamus. Terjadilah Butternang, benda yang baik-baik,”
“Kita juga ada produk frozen yang sesuai untuk mereka yang nak pergi bercuti. Dalam Ansshellbox frozen tu dah ada seafood dan satu paket gravy. Ada orang nak beli kuah saja dan sebab itu kita ada kuah saja dan set seafood,”
Untuk pes RM25, untuk Ansshellbox Express RM39, ada lala, sotong, ketam. Satu box tu boleh makan dua orang. Bila kita dah buat begitu orang suka sebab orang tidak perlu beli berkilo-kilo seafood.
Jadi, kepada penggemar makanan laut ini, anda boleh kunjungi cawangan terbaharu di D’Tebing yang terletak di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Info lanjut, anda boleh ikuti promosi terkini di laman Instagram: @butternangmy