Buat penggemar muzik Butterfingers, ini berita baik buat anda! Kumpulan muzik rock dan grunge yang dianggotai Emmet (vokalis), Kadax (pemain bass), Loko (pemain dram) dan LoQue (vokal/gitar/keyboardist) bakal menggembalikan kegemilangan mereka dengan mengadakan Konsert Transcendence 20 Tahun yang akan diadakan pada 2 November ini di Stadium Malawati, Shah Alam.
Butterfingers yang ditubuhkan sejak 1993 ini cukup popular dengan lagu-lagu hits mereka seperti Mati Hidup Kembali, Mokhsha, Epitome dan Doomsday Out.
“Idea ini telah lama diperap dan sekarang merupakan masa terbaik untuk menjayakannya.
Jika diingat kembali ketika persembahan kami di Festival Rockaway pada 2016, di mana persembahan kami disekat pihak polis sekali gus menimbulkan kemarahan serta kekecewaan para peminat yang menantikan kami.
“Maka persembahan kali ini adalah untuk menebus semula hutang tersebut dengan memainkan hanya lagu-lagu grunge kami sekurang-kurangnya dua jam tanpa sebarang gangguan seolah-olah anda berada semula di zaman lewat 90-an.
“Buat peminat ‘susah mati’ (die hard fans) Butterfingers di luar sana, anda pasti tidak mahu melepaskan peluang seumur hidup ini,”
– Butterfingers
Tiket untuk menyaksikan konsert ini akan dijual bermula dari harga RM150 (tidak termasuk caj-caj lain) dan pengumuman mengenai tarikh belian tiket akan diumumkan tidak lama lagi menerusi Facebook dan Instagram rasmi Butterfingers.