Setelah 4 tahun menjadi pelopor butik berkonsepkan vendor, kini Jenama Butik Sincerelybyus yang terkenal dengan produk selendang dan tudung tersendiri melangkah satu tapak ke hadapan dengan memperkenalkan koleksi rangkaian jubah khas untuk lebaran tahun ini.
Menjadi istimewa lagi apabila selebriti tanah air Diana Danielle dilantik menjadi ‘muse’ untuk kempen Lebaran Raya Sincerelybyus 2015. Satu majlis pelancaran telah diadakan di Bason by Seri Keningau, Shah Alam dimana koleksi rangkaian jubah tersebut di pamerkan. Sebanyak 4 rekaan jubah dipertaruhkan dan diserikan lagi dengan pilihan rona rona yang menarik daripada rona pastel ke rona gelap.
“Elegance is inexpensive and for everyoneâ€, itulah perkataan yang tepat untuk menghuraikan tentang koleksi jubah Sincerelybyus x Diana Danielle ini. Menurut pengasas butik Sincerelybyus, Noor Inora Putri Noorzainy, beliau mahu mengekalkan elemen mampu milik pada kesemua produk yang dikeluarkan oleh butik beliau termasuk juga pada rangkaian jubah ini dan pada waktu sama tanpa mengabaikan aspek kualiti fabrik , jahitan dan juga rekaan.
Koleksi Jubah Sincerelybyus x Diana Danielle ini berharga dari RM149-RM169 dan boleh didapati di tiga cawangan Sincerelybyus Bangi, Johor Bahru , Shah Alam serta di website pada bulan Ramadhan akan tiba.