Salam fashionista buat pembaca budiey.com,
[dropcap]B[/dropcap]erita baik buat peminat fashionista sekalian, Budiey dikhabarkan butik H&M akan merasmikan pembukaan butik store yang ke-3 di Malaysia. Wah, tak sampai setahun dibuka di butik pertama kat Lot 10, rupanya dah 3 store H&M kat Malaysia ni. Cepat sangat. Laris macam pisang panas kot.
[pullquote align=”right”]Butik H&M yang ketiga akan dibuka di Pusat Membeli Belah Pradigm Mall pada hari Sabtu, 15 Disember 2012 jam 11 pagi.[/pullquote]
Seperti biasa, sebagai meraikan para pelanggan, H&M sekali lagi memberi ganjaran buat penggemarnya yang akan beratur semasa pembukaan nanti. Budiey dikhabarkan, pelanggan atau pengunjung pertama yang beratur akan mendapat kad voucher bernilai RM200 dan seterusnya akan mendapat kad voucher bernilai RM50 setiap seorang. Wow, untung jugak tu. Nak kena tunggu sehari sebelum ni gak ni. Pasti ramai yang akan beratur, kan?
Tak ketinggalan mana-mana yang beratur tu akan mendapat tokens dari H&M. Di mana ada tawaran dan diskaun akan diberikan untuk barangan terpilih sahaja.
Untuk info pembaca, H&M Pradigm Mall terletak di Lot 01, Level UG.