Pada 27 Febuari lalu, jam 10 pagi, Budiey sempat menghadiri acara Pelancaran Grand Bokitta di Suria KLLC yang cukup meriah dengan kehadiran selebriti dan hijabistas. Bokitta yang dikenali sebagai jenama fesyen hijab segera telah memperluaskan barisan pengeluaran dari penutup kepala ke barisan koleksi t-shirt baru yang 100% dibuat dari kapas organik.
Jenama fesyen tudung terkemuka, Bokitta sedang merayakan perayaan Grand Launch sempena kedai pembukaan mereka yang terbaru di KLCC. Terletak di lot 259, Tingkat 2, Ramlee Mall KLCC, butik ini telah dikenali sebagai Kedai Pertama Eksklusif Bokitta. Diisi dengan suasana yang selesa dan ruang dalaman yang elegan, kedai terbaru ini pastinya akan memberi satu lagi pengalaman membeli-belah yang menarik untuk para pelanggan!
Menjengah ke garisan fesyen dengan beberapa koleksi hijab seperti The Minis, The Freestyle dan The Capshawl dengan fabrik berkualiti tinggi membuktikan bahawa semua kerja keras pasukan Bokitta ke seluruh negara membuatkan ia mempunyai nilai tersendiri. Keluarga Bokitta akan sentiasa berpegang kepada 5 prinsip utama seperti yang telah dinyatakan oleh CEO mereka, Encik Mubde Absi iaitu Doa, Sayang, Perancangan, Kesabaran dan Ketekunan.
“Komitmen kami adalah untuk memberi anda produk yang terbaik, dan sentiasa berkembang. Itulah sebabnya kami melakukan banyak penyelidikan, dan setiap produk yang kami hasilkan dikaji, direka dan diuji dengan teliti untuk memenuhi keperluan yang kami patuhi,”
– Cik Hala Absi, Pengasas & Pengarah R&D dan Pereka Bokitta
Bokitta juga ada terletak di Alamanda Shopping Centre, Aye @ 8 Putrajaya, Nu Sentral, Aeon Mall Shah Alam dan juga Setia City Mall.
Memperkenalkan elemen moden dalam pakaian yang menutup aurat biasanya tidak mudah seperti yang kita fikirkan. Menjadi moden bukan bermaksud anda sudah cukup bersedia dan berfikiran terbuka terhadap beberapa input luar biasa yang akan diambil dalam kehidupan biasa anda. Selari dengan misi Bokitta, Datin Ayu Roslan yang merupakan Pengarah Urusan A & A Empire Sdn Bhd meletakkan kepercayaannya yang menyeluruh bahawa Bokitta akan menyuntikkan sesuatu yang baru dan memberikan aura tersendiri kepada si pemakai.