in

Busana Rekaan Ezuwan Ismail Kini Dijual di Butik Ratu

SIDANG MEDIA MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN KOLABORASI DI ANTARA DE GALERI RATU (M) SDN. BHD. & EZUWAN ISMAIL

Baru-baru ini telah berlangsung Majlis Menandatangani Perjanjian MoU antara De Galeri Ratu bersama pereka fesyen Ezuwan Ismail.

Untuk info pembaca, RATU yang telah diasaskan di bawah syarikat De Galeri Ratu (M) Sdn. Bhd. semenjak tahun 2008 kini telah mempunyai 5 cawangan utama dan 3 cawangan francais serta 20 stokis yang aktif seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura.

Ezuwan Ismail Ratu

Lokasi cawangan RATU adalah di Setapak, Bangi, Semua House, Ukay Boulevard, Shah Alam (Seksyen 13), Shah Alam (Seksyen 9), Klang dan Alor Setar. Bakal dibuka pada 17 November 2012 adalah cawangan RATU di Kota Bharu, Kelantan.

Terkini pelanggan yang memiliki kad keahlian RATU adalah melebihi 15,000 orang.

Bersempena dengan sambutan ulangtahun RATU yang ke-4, satu kolaborasi diwujudkan di antara RATU dan pereka fesyen, Ezuwan Ismail untuk menghasilkan koleksi eksklusif khas untuk wanita.

Ezuwan Ismail merupakan pereka fesyen muda tanahair yang tidak asing lagi dalam industri fesyen tempatan. Beliau dikenali dengan rekaannya yang sangat anggun dan sering digayakan oleh ramai selebriti tempatan.

Objektif kolaborasi ini adalah bagi merealisasikan impian penggemar fesyen di luar sana untuk memiliki koleksi busana rekaan pereka fesyen terkenal pada harga yang istimewa. Koleksi RATU by Ezuwan Ismail adalah terhad dan eksklusif bakal dijual pada harga antara RM300-RM350 sepasang sahaja.

Pada 10 November 2012, satu pertunjukan fesyen sempena pelancaran koleksi RATU by Ezuwan Ismail akan diadakan di The Royale Chulan, Kuala Lumpur dan bakal dihadiri ramai selebriti yang akan turut menggayakan koleksi terbaru ini.

Ezuwan Ismail Ratu

Jualan khas koleksi RATU by Ezuwan Ismail fasa pertama akan diadakan pada 30 November 2012 sehingga 2 Disember 2012. Manakala fasa kedua akan diadakan pada 21 Disember sehingga 23 Disember 2012. Pada setiap fasa akan menampilkan rekaan yang berlainan.

15 lokasi terpilih di seluruh negara yang terlibat dalam jualan khas koleksi RATU by Ezuwan Ismail adalah cawangan RATU Setapak, Bangi, Semua House, Ukay Boulevard, Shah Alam (Seksyen 13), Shah Alam (Seksyen 9), Klang, Alor Setar dan Kota Bharu. Turut terlibat Hotel The Royale Bintang Seremban, Hotel Holiday Inn Melaka, Hotel Grand Paragon Johor Bahru, Hotel Impiana Ipoh, Hotel Zenith Kuantan selain jualan secara dalam talian (online).

Pada hari Sabtu ini pula, satu pertunjukkan fesyen diadakan bersempena dengan pelancaran kerjasama ini di sebuah hotel terkenal di Kuala Lumpur. Budiey dengar, ada persembahan dari Misha Omar dan Noryn Aziz serta persembahan fesyen rekaan Ezuwan Ismail yang akan digayakan oleh jelitawan terkenal Leuniey. Turut memeriahkan majlis ialah pemain bola sepak terkenal Khairul Fahmi Che Mat dan ramai lagi selebriti akan hadir.

Ezuwan Ismail Ratu

Ezuwan Ismail Ratu

Ezuwan Ismail Ratu

Ezuwan Ismail Ratu

Ezuwan Ismail Ratu

Ezuwan Ismail Ratu

Ezuwan Ismail Ratu

Ezuwan Ismail Ratu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Pra Perkahwinan Lee Chong Wei

L’Oréal Paris Fall Repair 3X