in ,

Bunga Raya Untuk Su Tin Lakonan Wan Hanafi Su, Louisa Chong

DRAMA KHAS HARI WANITA : BUNGA RAYA UNTUK SU TIN MENAMPILKAN KONSEP 1MALAYSIA DI RTM

Selain sarat dengan plot-plot pengorbanan watak wanita yang diaspirasikan daripada sambutan Hari Wanita yang bakal disambut bulan ini, istimewanya drama Bunga Raya Untuk Su Tin yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) turut menampilkan konsep 1Malaysia yang disarankan kerajaan supaya sama-sama diperjuangkan masyarakat negara kita kini dengan mengetengahkan watak Melayu, Cina dan India di Malaysia.

Bunga Raya Untuk Su Tin terbitan  Kirawang Sdn Bhd yang disiarkan pada 21 Ogos 2009 (Jumaat), jam 3.00 petang mengisi slot Pilihan Jumaat di TV2 ini mengisahkan watak Su Tin yang menjadi rebutan dan berdepan cinta tiga segi dengan dua orang pemuda, Rahmat dan Sathiya. Mereka tinggal di kampung yang sama dan berkawan baik sejak kecil iaitu ketika zaman pendudukan komunis di tanah Melayu.

Kisahnya bermula dengan watak Rahmat yang menamatkan perkhidmatan tentera selama 25 tahun dan merancang mahu membuka satu perniagaan. Dalam satu sidang perniagaan jualan langsung, Rahmat telah berjumpa dengan sahabat lama, Sathiya yang menyebabkan dia menarik diri dan tidak mahu bercakap dengan Datuk Sathiya.

Ini telah menyebabkan perhubungan Raudah, anak Rahmat dan Robert anak Sathiya bersama Su Tin terhalang dengan serta merta hingga kedua-duanya menyertai perniagaan keluarga masing-masing.

Rahmat yang dibantu oleh Raudah menjalankan perniagaannya sendiri, hampir ditipu oleh seorang ahli perniagaan luar negeri, Mr. MacMicheal tetapi berjaya disedarkan dengan bantuan Dewan Perniagaan Bekas Tentera Malaysia.

Rupa-rupanya suatu ketika dulu, pada tahun 1980an, Rahmat, Sathiya dan Su Tin pernah berdepan situasi cinta tiga segi. Perseteruan antara Rahmat dan Sathiya bermula apabila Sathiya gagal menyelamatkan ibu Rahmat dalam satu serangan komunis di rumah Rahmat yang membuatkan ibu Rahmat terbunuh.

Sathiya mengahwini Su Tin setelah gagal menemui Rahmat yang dipukul komunis hingga pengsan dan disangka mati ketika mencari akar kayu di hutan. Sathiya berasa bertanggungjawab melindungi Su Tin yang tiada keluarga. Sathiya sendiri tidak dapat membohong hatinya menyintai Su Tin.

Namun akurkah Rahmat terhadap keikhlasan Sathiya? Untuk mengetahui kesudahan drama dibintangi Wan Hanafi Su, Louisa Chong, K.S Maniam, Faizal Yusup, Felina Cheah, Maimun Talib dan Arifah Damanhuri, jangan ketinggalan menyaksikan Bunga Raya Untuk Su Tin disiarkan pada 21 Ogos 2009 (Jumaat), jam 3.00 petang mengisi slot Pilihan Jumaat di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dokumentari Profil Tun Sambanthan & Tunku Abdul Rahman

Tari Tirana