Video yang dikongsi rakannya di laman Instagram mendapat perhatian seorang doktor. Laporan sebuah portal mengatakan seorang doktor dikenali sebagai Muhammad Fajri Adda’i menegur BCL kerana tidak mempunyai kelayakan untuk melakukan sendiri ujian tersebut. Kata doktor itu lagi, ujian saringan tersebut seharusnya dilakukan dengan berhati-hati untuk mencegah daripada masalah serius.
Dalam hidung kita ada bahagian yang dinamakan sebagai konka media. Kalau kita sembarangan menjolok, bimbang akan berlaku pendarahan dan jangkitan,” kata doktor tersebut.
Jelas doktor tersebut, jangkitan itu boleh berlaku sekiranya seseorang itu tidak memahami cara yang betul ujian saringan dilakukan tanpa bantuan pihak yang mempunyai kelayakan atau pengalaman dalam bidang kesihatan.
Sebelum ini juga, BCL meletakkan syarat sesiapa sahaja yang ingin bertemu dengannya perlu melalui proses ujian saringan yang dilakukannya sendiri.