Buletin TV3 mengungguli media lain dalam kategori TV, radio dan media cetak dengan memperoleh skor penggunaan mingguan sebanyak 53%. Diikuti dengan Harian Metro sebanyak 29% dan Berita Harian sebanyak 28%.
Buletin TV9 pula naik satu anak tangga dan berada di tempat ke 8, berbanding tangga ke 9 pada tahun lalu (2021). Kajian itu juga menunjukkan berita dalam talian dan media sosial menjadi sumber berita utama di negara ini.
Untuk mendapatkan berita yang terkini dan sahih, Buletin TV3 adalah jawapannya!
Kami sentiasa bersama anda setiap hari pada pukul 8.00 malam atau strim secara langsung di www.tonton.com.my. Ikuti juga laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.