Azzim Zahid Azmi telah mengumumkan langkah berani dan memberi inspirasi dengan mendedikasikan peruntukan lebih dari RM200,000 untuk memberi hadiah pakej umrah kepada pelanggannya. Keputusan ini bukan sahaja menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap pelanggan, tetapi juga memperlihatkan kepekaan beliau terhadap keperluan rohani mereka.
Menyedari bahawa pakej umrah adalah impian bagi banyak pelanggan, Azzim membuat keputusan yang berani untuk menjadikan impian itu kenyataan bagi beberapa individu yang bertuah.
Azzim berkata, lebih dari 70% hadiah cabutan bertuah bernilai RM3.2 juta di mana terdapat banyak hadiah menarik antaranya kereta, motosikal, Iphone, pakej umrah dan percutian telah dimenangi oleh pelanggannya.
Dengan memberikan pakej umrah sebagai hadiah kepada pelanggan, Azzim berharap bahawa ini bukan hanya menjadi satu pengalaman yang berharga, tetapi juga satu bentuk apresiasi yang mendalam terhadap sokongan yang diberikan oleh pelanggan.
Langkah ini juga diharapkan dapat memperkuat lagi ikatan antara Baju Melayu Bulan Bintang dengan pelanggan-pelanggannya.
Dalam pada itu, Azzim turut menyatakan lebih 70 peratus hadiah cabutan bertuah bernilai RM3.2 juta telah dimenangi termasuk kereta, motosikal dan pakej umrah. Malah jelasnya, beberapa pakej umrah telahpun ditambah sebagai memenuhi impian pembeli bertuah.
“Pada mulanya kami hanya menyediakan lima pemenang untuk pakej umrah di mana setiap pakej boleh membawa pasangan. Namun sambutan sangat menggalakkan dan perasaan dapat tunaikan umrah itu sesuatu yang sangat berharga, tidak sama seperti menang kereta.
“Disebabkan itu kami tawarkan 10 pakej umrah di mana 20 orang akan berpeluang untuk tunaikan ibadah umrah. Harga bagi satu pakej ialah RM12,080 dan menjadikan jumlahnya RM241,600,” katanya.
Terdahulu, seorang pengguna TikTok @madakmal_ telah memuat naik video yang memaparkan dia memenangi pakej menunaikan umrah dalam cabutan bertuah tersebut. Video yang tular itu turut menerima ucapan tahniah daripada Azzim. Katanya lagi, dia berasa sebak setiap kali melihat video itu.
Azzim ditemui ketika program Sinar Ramadan Bulan Bintang yang diadakan di Surau Al Mukmin, Bandar Saujana Putra, Selangor, pada petang Sabtu.
Turut hadir Hannah Delisha, Shukri Yahaya dan Nadhir Nasar selaku duta jenama Bulan Bintang turut sertai bersama dengan menyediakan bubur lambuk kepada penghuni di sekitar Surau Al Mukmin.
Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Sinar Ramadan Bulan Bintang mendapat kerjasama bersama Muslim Volunteer Malaysia (MVM) yang akan berkunjung ke tujuh buah lokasi di seluruh Malaysia.