Pada 17 Februari lalu, Budiey telah menghadiri sebuah acara anjuran Bulan Bintang iaitu pertunjukan fesyen yang diberi nama ‘Bulan Bintang The Terrrpaling Raya Fashion Show. Acara yang meriah yang diadakan di Sentul Depot, Kuala Lumpur ini turut mendapat kerjasama dari Tiktok Shop sebagai rakan kongsi e-dagang.
Untuk info pembaca, apa yang unik dan istimewanya pertunjukan fesyen Bulan Bintang The Terrrpaling Raya Fashion Show ini telah menampilkan koleksi Raya 2024 Ready To Wear (RTW), bagi pakaian bersaiz besar, set sedondon keluarga yang terdiri daripada 40 rekaan dengan 70 pilihan warna eksklusif.Â
Memperuntukkan RM11 juta bagi kempen The Terrrrpaling Raya Bulan Bintang, jelas pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi, 27, tahun 2024 adalah merupakan tahun untuk membalas jasa pelanggan setia yang tidak jemu memberikan sokongan kepada jenamanya sejak sembilan tahun lalu.
Tiada dron atau gimik gempak menghiasi kempen raya 2024, jelas Azzim, tahun lepas sejumlah RM8 juta dibelanjakan bagi membina jenama, namun kini semuanya ‘dihabiskan’ kembali kepada pembeli.
“Tahun ini adalah tahun untuk saya membalas jasa kepada mereka yang selama ini menyokong Bulan Bintang. Saya belanjakan RM11 juta dan semuanya diberikan kembali kepada pembeli. Tahun ini kami belanjakan RM6.2 juta dengan memberikan 150,000 sampin percuma bagi setiap pembelian atau mereka boleh memilih baju batik modern fit yang berharga RM129 secara percuma. Untuk baju batik ini kami berhabis RM1.6 juta.
– Azzim Zahid Azmi
“Dan setiap pembeli berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai RM3.2 juta di mana terdapat banyak hadiah menarik antaranya dua buah kereta, motosikal, Iphone, pakej umrah dan percutian,â€
Pertunjukan fesyen ini juga menampilkan barisan duta Bulan Bintang 2024 yang terdiri daripada selebriti terkenal seperti Shukri Yahaya, Hannah Delisha, Nadhir Nasar, Mierul Aiman dan Daiyan Trisha. Pertunjukan fesyen ini juga dikejutkan dengan pengunguman Remy Ishak sebagai duta koleksi Baju Melayu Teluk Belanga.
Azzim Zahid Azmi, atau lebih dikenali sebagai Meri, Pengasas Bulan Bintang juga telah berkongsi tentang produk terkini Bulan Bintang selain penambahbaikan yang dilakukan melalui sesi ucaptama (keynote) bagi memastikan produk Bulan Bintang pada tahun ini lebih baik berbanding tahun lepas.
Persembahan artis tempatan turut menghangatkan lagi malam tersebut dengan nyanyian dan tarian dari Zeppo Youngster Dancer, Aina Abdul dan Kugiran Masdo.Â
Berkongsi perkembangan mengenai Bulan Bintang, ulas Azzim, dia mengakui kelemahan produksi tahun lalu dan mengambil tindakan proaktif dengan menukar kilang dan melakukan secara ‘overhaul’ keseluruhan bagi memberikan kualiti terbaik pada tahun ini.
“Saya akui tahun lalu kami terima respon negatif daripada pembeli dan secara jujurnya ia memberi kesan yang sangat mendalam kepada jenama dan diri saya sendiri. Saya jadi anxiety dan takut nak membaca mesej yang masuk, sehingga hari ini saya masih trauma.
– Azzim Zahid Azmi
“Namun saya memandangnya pada sudut yang positif dan hikmahnya Bulan Bintang lebih perketatkan isu kualiti pada baju dan ia terbukti.
“Saya tak mahu menjadi jenama syok sendiri dan baju Bulan Bintang dihantar ke makmal untuk menjalani Fabric Lab Test Report dan hasilnya kami mendapat A. Fabrik berangin, tak panas dan tiada lagi masalah benang tetas atau berbulu. Kami mahu menjadi pelopor kepada jenama muslim kontemporari dengan memperkenalkan pesak flexi.
“Malah untuk menjadi yang terbaik, ia bukan sekadar produk yang berkualiti, malah kami pertingkatkan lagi mutu khidmat pelanggan di mana kami bersedia 24 jam setiap hari. Call sahaja jika ada sebarang masalah dengan baju,â€
Bulan Bintang The Terrrpaling Raya Fashion Show kali ini dimeriahkan lagi dengan pertunjukan barisan model bersaiz besar dan keluaran koleksi terbaru yang mempunyai saiz sehingga 5XL. Bulan Bintang juga telah memberi pengumuman rasmi mengenai kolaborasi mereka bersama jenama tempatan iaitu Zus Coffee, Hausboom, Origina, Ninja Van, TikTok Shop dan Pemenang 3 Dimensi Animasi Ejen Ali.
Pertunjukan ini juga telah melancarkan Kempen Terrrpaling Raya di mana Bulan Bintang menawarkan hadiah bernilai RM 3 juta untuk semua pembeli Bulan Bintang pada tahun ini. Antara hadiah yang ditawarkan ialah 10 biji buah Perodua Myvi dan Bezza, iPhone 15, emas 999 dan pelbagai hadiah yang menarik akan dimenangi oleh para pelanggan jenama Bulan Bintang.
Terdahulu, enam selebriti popular dilantik sebagai duta Bulan Bintang 2024 iaitu, Remy Ishak, Shukri Yahaya, Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Hannah Delisha dan Daiyan Trisha.
Latar belakang Bulan Bintang
Jenama Bulan Bintang bermula pada tahun 2016 dengan matlamat untuk menyediakan reka bentuk minimalis bagi pakaian tradisional mereka sambil mengekalkan adat dan tradisinya.
Bulan Bintang bercita-cita untuk memberikan kualiti yang terbaik untuk pakaian lelaki kontemporari Muslim, serta rangkaian terkini pakaian tradisional kami untuk wanita dan kanak-kanak.