in ,

BUKU Q101 Tawar Melancong Ke Luar Negara Bersama Hyunmin-A

Ilham Mora Enterprise (IME) merupakan sebuah syarikat penerbitan baharu yang merancang untuk menerbitkan pelbagai buku khususnya buku yang berunsurkan akademik.

Q101: Guide to Learn More about Korea yang ditulis oleh Hyunmin-A ialah buku pertama yang diterbitkan oleh syarikat penerbitan ini.

Hyunmin-A

IME berminat untuk menerbitkan buku ini setelah meneliti kandungannya yang menarik dan berpendapat amat jarang buku seperti ini berada di pasaran. Lima bahasa yang ditulis dalam buku ini, iaitu bahasa Korea, bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Mandarin dan bahasa Thailand merupakan satu daripada daya penarik dan keunikan buku ini.

Hyunmin-A

Oleh itu, buku ini amat sesuai untuk golongan yang ingin menguasai pelbagai bahasa dengan cara yang paling mudah walaupun dalam bentuk pertanyaan.

Q101: Guide to Learn about Korea ialah buku yang menghimpunkan 101 soalan yang paling kerap ditanyakan oleh orang-orang Korea dan rakan selebriti Korea yang terlibat dalam projek buku ini kepada Hyunmin-A. Hyunmin-A merupakan anak Malaysia kelahiran Johor yang berjaya menembusi dunia hiburan di Korea Selatan dan telah berkelana di sana selama beberapa tahun. Lantas, segala pengalaman yang diperoleh di sana diabadikan oleh beliau dalam buku ini.

Hyunmin-A

Buku Q101: Guide to Learn More About Korea setebal 204 muka surat ini berharga RM45.90. IME menggunakan kertas bermutu tinggi dan semua halaman dalam buku ini dicetak dengan berwarna supaya buku ini tampak lebih eksklusif.

IME juga merancang dan bercadang untuk memasarkan buku ini ke negara luar seperti Korea Selatan, Thailand, Singapura, Indonesia dan lain-lain lagi pada masa akan datang.

Hyunmin-A

Buat masa ini, buku ini dijual secara online melalui ejen-ejen yang telah dilantik oleh IME. Namun begitu, pihak IME akan berunding dengan beberapa buah syarikat pengedar buku tempatan untuk memasarkan buku ini. Bagi meningkatkan jualan, pihak Hyunmin-A dan IME bersetuju untuk menganjurkan pertandingan untuk pembeli buku ini. Antara hadiah yang bakal dimenangi oleh pembeli bertuah buku ini ialah dua buah jam tangan berjenama, 10 tiket berkunjung ke Hello Kitty, Johor Bahru, barangan Korea dan hadiah utama (untuk dua orang pemenang), iaitu melancong bersama-sama Hyunmin-A ke satu daripada destinasi di negara yang bahasanya digunakan oleh Hyunmin-A dalam bukunya ini.

Pelancaran buku telah diserikan dengan kehadiran selebriti Malaysia iaitu Reshma dan Keyin yang telah membuat persembahan istimewa bersama peminat dan media tempatan. Majlis pelancaran yang telah diadakan di Desinar Space Kuala Lumpur mendapat penajaan jenama kosmetik dari Korea iaitu PURE THEORY.

Oleh itu, pihak IME berharap para peminat atau penggemar buku boleh mendapatkan buku ini melalui ejen yang dilantik, iaitu Pn. Nina (017-792 9679) atau En. Md Nizar (019-7461848).

Hyunmin-A

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ismail Izzani Lancar Muzik Video BIDADARI 

Ada Sebab Sissy Iman Pilih Faizal Tahir